saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/10/2006

Pemuda UMNO meluat, bosan sikap Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melahirkan rasa meluat dan bosan dengan sikap Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terus menerus mengkritik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sama sekali tidak akan membiarkan tumpuan seluruh ahli pergerakan itu terjejas disebabkan polemik yang timbul dan berasa berbelah-bahagi.

‘‘Sokongan Pemuda kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO serta kepimpinannya tidak boleh dipersoal.

‘‘Kita akan terus mempertahankan institusi parti dan pastikan perjuangannya terus relevan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Perdana Menteri semalam melahirkan perasaan sedih dan kecewa dengan tindakan Dr. Mahathir yang terus mengkritik beliau secara terbuka selepas pertemuan mereka dua hari sebelum Aidilfitri.

Abdullah menyifatkan tindakan Dr. Mahathir itu umpama racun yang berbisa sedangkan bekas Perdana Menteri itu telah diberi peluang untuk mengutarakan perasaan tidak puas hatinya dalam pertemuan tersebut.

Sehubungan itu, jelas Hishammuddin, beliau sendiri akan turun padang untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya selaku Menteri Pelajaran.

Menurutnya, banyak perkara yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan bagi merealisasikan segala perancangan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

‘‘Kita akan buktikan bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Pak Lah tetap relevan, bertanggungjawab, komited, bekerja kuat dan bersemangat tinggi untuk memberi kesejahteraan serta kemajuan kepada seluruh rakyat negara ini,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.