saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/10/2006

MB Kedah minta Dr. M letak jawatan penasihat agensi kerajaan

KUALA NERANG 28 Okt. – Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menyarankan Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan penasihat di beberapa agensi kerajaan jika beliau berhasrat untuk terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Jika Tun hendak lanyak kerajaan juga, eloklah lepaskan semua jawatan itu dan jadilah individu bebas yang tidak ada kena-mengena dengan kerajaan, barulah betul. Jika tidak, apa gunanya jadi penasihat,” katanya.

“Pada masa Tun membuat kritikan terhadap kerajaan, beliau masih menjadi penasihat kepada banyak agensi kerajaan seperti Petronas, Proton dan LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi),” tambah Mahdzir.

Sambil menyatakan beliau tidak lagi yakin dengan bekas Perdana Menteri itu, Mahdzir menganggap kritikan berterusan Dr. Mahathir terhadap pentadbiran Abdullah sebagai perbuatan seorang ahli UMNO yang melampaui batas.

Bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya peringkat Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu di Dewan Orang Ramai Pekan Naka anjuran beliau dekat sini, Mahdzir berkata:

“Masa Tun memerintah tiada orang berani mengkritik beliau. Dia guna kuasa dia, guna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tangkap orang dan sekarang dia kata negara ini telah menjadi negara polis.”

Menteri Besar Kedah itu menganggap Dr. Mahathir bercakap bagi pihak orang lain apabila beliau menulis surat kepada media mengenai orang yang menentang Abdullah ditangkap dan projek mereka dibatalkan.

Katanya, kesediaan Abdullah untuk ditegur dan mengutamakan musyawarah dalam membuat keputusan adalah sikap terpuji dan ikhlas Perdana Menteri.

Bagaimanapun, tindakan Dr. Mahathir menghebahkan kepada umum beliau “bercakap seorang diri” selama satu setengah jam pada perjumpaan dengan Abdullah baru-baru ini seolah-olah mengugut Perdana Menteri yang tidak banyak bercakap.

“Tun perlu sedar perbuatannya (mengkritik) tidak pernah dibuat oleh bekas-bekas Perdana Menteri sebelum ini,” kata Mahdzir.

Menteri Besar berkata, beliau yakin tindakan keras Dr. Mahathir untuk terus mengkritik kerajaan akan menyebabkan orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO hilang rasa hormat kepadanya sebagai negarawan.

“Saya rasa orang Kedah sendiri pun malu dengan tindakan Tun dan akan hilang rasa hormat kepada dia,” tambah Mahdzir.

Menurut Mahdzir, sebagai bekas Perdana Menteri adalah wajar bagi Dr. Mahathir memberi peluang kepada kepimpinan sekarang untuk mentadbir negara.

Katanya, Perhubungan UMNO Kedah tidak perlu memberikan penjelasan kepada anggotanya mengenai isu itu dan beliau yakin mereka sudah melihat situasi dalam perspektif yang berlainan berbanding pada awal Dr. Mahathir melemparkan kritikan terhadap kerajaan.

Kira-kira 10,000 orang mengunjungi rumah terbuka Mahdzir itu termasuk pemimpin-pemimpin parti dan masyarakat tempatan pelbagai kaum. Majlis itu berlangsung dari 11 pagi hingga 4 petang.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.