saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 31/10/2006

80 korban dalam serangan -- * Helikopter musnahkan madrasah * Kanak-kanak, pelajar antara terbunuh


BERIBU-RIBU penduduk tempatan berhimpun untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa yang terbunuh dalam serangan helikopter Pakistan di Chenagai, utara Khar, Pakistan, semalam. – Reuters.


KHAR, Pakistan 30 Okt. – Hampir 80 suspek militan terbunuh apabila tentera Pakistan yang disokong oleh helikopter yang dilengkapi peluru berpandu memusnahkan madrasah, yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda di kawasan puak di barat laut negara itu berhampiran sempadan Afghanistan, hari ini.

Penduduk berkata, mereka yang terbunuh termasuk kanak-kanak dan ia merupakan jumlah kematian terbesar dalam satu-satu serangan udara yang menyasarkan kumpulan pengganas.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah komander pemberontak tempatan yang sangat dikehendaki, Maulvi Liaqat.

Ia merupakan kejadian kedua membabitkan suspek militan Taliban dalam 24 jam.

Hampir 70 orang militan turut terbunuh dalam serangan pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di wilayah Uruzgan semalam.

Serangan sebelum subuh itu menyasarkan sebuah madrasah yang menempatkan militan di perkampungan Chenagai berhampiran bandar Khar iaitu bandar utama di daerah puak Bajur, kata jurucakap tentera Mejar Jeneral Shaukat Sultan.

Shaukat berkata, serangan itu memusnahkan madrasah tersebut.

“Kami menerima laporan perisikan yang telah disahkan bahawa terdapat 70 hingga 80 militan bersembunyi di madrasah itu yang digunakan sebagai pusat latihan pengganas, yang telah dimusnahkan dalam operasi tentera dengan bantuan helikopter,” kata Shaukat.

Shaukat berkata, helikopter melepaskan empat hingga lima roket ke arah madrasah itu yang dikendalikan oleh Liaquat Hussain, seorang ulama tempatan yang dipercayai melindungi militan al-Qaeda.

Beliau mendakwa tidak ada wanita atau kanak-kanak dalam madrasah tersebut.

Bagaimanapun seorang wartawan di Chenagai melaporkan penduduk kampung meraung-raung kesedihan semasa mengeluarkan mayat, termasuk mayat kanak-kanak berusia tujuh tahun, dari runtuhan bangunan.

“Mayat tidak dapat dicam lagi dan ada yang putus kaki dan tangan. Penduduk tempatan memungutnya dalam kain,” kata wartawan itu.

“Murid berusia semuda tujuh tahun turut terkorban,” kata seorang penduduk Chenagai, Syed Wali.

Beribu-ribu penduduk di Khar menunjuk perasaan membantah serangan itu sambil melaungkan slogan anti-Amerika Syarikat (AS) dan anti-Presiden Pakistan, Pervez Musharraf.

Penduduk mendakwa orang awam tidak berdosa terbunuh dalam kejadian itu, bukannya pengganas.

– Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.