saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/11/2006

10 bintang ternama dalam CINTA

PERNAHKAH kita menyaksikan sebuah filem Melayu yang dihasilkan menggabungkan lima buah cerita berbeza tentang cinta dan kasih sayang? Kelainan inilah yang akan dinikmati penonton filem Cinta yang akan ditayangkan pada 30 November ini .

Dibintangi oleh 10 pelakon berbakat dan popular tanah air, Cinta menjanjikan satu kelainan untuk penonton filem Melayu dan disebabkan inilah, penerbitnya, Alternate Studio yang menerbitkan filem Salon tahun lepas berani meletakkan filem ini sebagai sebuah filem Melayu yang mesti ditonton tahun ini.

Bagi pengarahnya, Khabir Bhatia, filem Cinta lain daripada filem Melayu yang pernah dihasilkan di Malaysia. Ini kerana tema kasih sayang dan cinta yang ditonjolkan mempunyai penceritaan masing-masing.

“Saya amat tertarik dengan skrip yang ditulis oleh Mira Mustaffa ini. Ceritanya unik dan apa yang ditonjolkan dalam filem ini menunjukkan satu kelainan berbanding filem bertemakan cinta yang lain. Saya percaya penonton akan mendapat kepuasan menerusi filem ini.

“Kita selalu dihidangkan dengan

kisah cinta antara sepasang kekasih tetapi dalam filem ini lima kisah yang

ditampilkan semuanya berbeza kerana setiap cerita mempunyai simbol cinta yang tersendiri iaitu romantis, tulus,

sepenuh jiwa, abadi dan unggul,” jelasnya yang menafikan Cinta cuba meniru filem Inggeris yang berjudul Love Actually.

Ini merupakan kali pertama dia mengarah filem cereka. Sebelum ini, hasil kerjanya yang terkenal dan diingati ialah drama bersiri Idaman yang disiarkan di Astro pada tahun 1998.

Cinta adalah sebuah filem yang memaparkan lima kisah cinta yang membabitkan lima pasangan yang berbeza. Dengan mengambil Kuala Lumpur sebagai lokasi keseluruhan untuk filem ini, setiap cerita adalah berbeza dan unik namun setiap watak berkait menerusi keadaan dan peristiwa.

Sepuluh bintang ternama yang membintangi filem ini ialah Datuk Rahim Razali (sebagai Cikgu Elyas), Fatimah Abu Bakar (Rubiah), Nanu Baharudin (Dyan), Que Haidar (Dhani), Rashidi Ishak (Haris), Rita Rudaini (Airin), Eizlan Yusof (Azlan), Fasha Sandha (Azura), Sharifah Amani (Arianna) dan Pierre Andre (Taufiq).

Bagi Rahim Razali, skripnya membuatkan dia jatuh cinta dan terus bersetuju untuk membintangi filem ini.

“Filem ini adalah realiti kehidupan masyarakat kita terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Saya percaya apa ada dalam filem ini pasti pernah dilalui oleh setiap di antara kita,” jelasnya.

Peluang berpasangan dengan salah seorang idolanya membuatkan Fatimah Abu Bakar tidak berfikir panjang untuk melibatkan diri dalam Cinta.

“Bayangkan inilah kali pertama saya berlakon filem selepas 22 tahun. Peluang berlakon dengan Datuk (Rahim Razali) bagaikan mimpi menjadi realiti. Selain daripada skripnya yang bagus, saya percaya barisan pelakonnya juga menjadikan filem ini sesuatu yang istimewa,” katanya.

Dalam majlis yang sama juga, album runut bunyi filem ini juga telah dilancarkan dan terdapat dua buah lagu baru ciptaan Pacai turut dimuatkan dalam filem ini. Dua buah lagu tersebut ialah Sewaktu Dahulu nyanyian Andy dari kumpulan Flop Poppy dan Perpisahan dendangan Anuar Zain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.