saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/11/2006

Betty Banafe berkorban untuk album Ibtisam


Betty Banafe.


NILAI wang sebanyak RM100,000 bukan jumlah yang kecil dan menggunakan wang sendiri sebanyak itu untuk menghasilkan sebuah album, sebenarnya merupakan satu pengorbanan yang besar.

Apa lagi kalau tempoh pembikinan album itu mengambil masa enam tahun...memang satu perjuangan yang bukan kecil.

Itulah pengorbanan dan perjuangan pelakon Betty Banafe untuk menghasilkan album Ibtisam bagi mencipta nama dalam dunia nyanyian.

Namun di sebalik pengorbanan dan perjuangan itu, sebenarnya tersembunyi satu harapan Betty.

“Mudah-mudahan peminat berasa seronok mendengar lagu-lagu daripada album Ibtisam itu. Maksud judul album itu pun senyuman dan ia menggambarkan harapan saya,” akui Betty.

Menurut Betty, Ibtisam sudah pun mula menerima tempahan lebih 1,000 unit daripada peminat-peminatnya sejak Ramadan lalu walaupun majlis pelancarannya hanya akan diadakan pada bulan depan.

“Album itu tidak dijual di pasaran terbuka. Pembeli hanya boleh membuat pesanan dengan melayari laman web www.bettybanafe.com,” kata Betty.

Tersenyum tatkala menceritakan album yang sudah mula mendapat tempahan, kata gadis berusia 28 tahun ini, dia merasa puas dengan usahanya itu.

“Saya seorang yang tidak mudah putus asa dan akan mencapai apa yang diidamkan. Sebagai orang Islam, saya percaya dengan rezeki yang ditentukan Tuhan. Kalau kita berniat baik dan ikhlas, Tuhan akan membantu. Selain bertawakal, saya harus berusaha.

“Jika album saya gagal, ia tidak akan membunuh minat saya dalam bidang nyanyian. Malah ia akan membakar semangat saya untuk melangkah jauh ke hadapan.

“Mungkin Tuhan menjanjikan saya cara lain untuk berjaya pada masa depan,” ulas Betty yang akan tampil dalam filem Haru Biru pada Januari ini.

Bukan sekadar hiburan

Ibtisam diterbitkan oleh Farihin Abd. Fatah dengan menampilkan konsep pop campuran elemen Authentic Fusion.

Memuatkan lagu-lagu ciptaan Farihin, Cheb Ali, Yasin, M. Nasir dan gabungan Zul Mahat dengan Riffki, Ibtisam memperkenalkan 10 lagu-lagu Arab dan hanya dua lagu-lagu Melayu.

Betty yang mula menyanyi sejak 1995 bersama kumpulan Banafe Al-Ikhwan di Johor dan mahir bermain gambus itu berkata, album sulungnya itu bukan sekadar hiburan tapi boleh dijadikan panduan untuk belajar bahasa Arab.

Ini kerana pada kulit albumnya itu diselitkan juga terjemahan setiap lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album itu ialah dua lagu lama popular Arab; Kamareish (Burung Bersama Paruhnya) dan Waiyak (Bersamamu).

Lagu-lagu lain yang terdapat dalam album ini ialah

Weylana, Ya Gamar (Wahai Bulan), Mustannik (Aku Merinduimu) dan Leh Ya Habib (Kenapa Wahai Kekasihku).

Menariknya tentang Ibtisam, cerita Betty ialah terdapat dua lagu Melayu yang mana lirik lagu Kisah Cinta merupakan hasil nukilannya sendiri.

Lirik lagu tersebut jelas Betty mengisahkan tentang negara Malaysia yang dianggap sebagai ‘syurga’ Asia.

Menarik Tentang Ibtisam

- Komposer dan penyanyi lagu-lagu dangdut, Iwan merupakan orang yang mencadangkan Betty menghasilkan album lagu-lagu Arab.

- Lapan komposer terlibat dalam pembikinan album itu yang diedarkan secara independent oleh Betty Music Entertainment.

- Album itu tertangguh pada 2002 gara-gara kesukaran mencari penulis lirik bahasa Arab. Pada masa yang sama, Betty turut sibuk menyiapkan tesisnya di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

- Pembikinan album itu disambung semula pada 2004 selepas Betty selesai menjalani penggambaran filem Buai Laju-Laju yang menampilkan dirinya sebagai heroin.

- Betty membayar untuk 20 lagu-lagu Arab namun hanya 10 lagu sahaja yang dirakamkan.

- Betty turut berduet dengan adiknya, Riffki menyanyikan lagu Abouya (Ayah). Riffki merupakan bekas penyanyi kumpulan Lela yang popular dengan lagu Bidadari.

- Peringkat awal pembikinan Ibtisam, Betty mengambil inisiatif sendiri mencari komposer, pemuzik dan penulis lirik Arab di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

- Sebarang maklumat tentang Ibtisam, boleh layari laman web www.bettyba nafe.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.