saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/11/2006

Aie buat novel grafik

MELUKIS dan menulis dialog dalam novel grafik mampu memartabatkan seni sastera negara. Namun hanya segelintir pelukis mempunyai kemahiran tersebut dan salah seorang daripada mereka itu ialah pelukis Shaari Sulong, 33, dari Kampung Baru, Kuala Lumpur

Beliau yang juga dikenali sebagai Aie, baru-baru ini menghasilkan dua novel grafik, Permulaan Sebuah Akhiran dan Dia Yang Dulu.

Tiga lagi yang masih dalam proses penerbitan ialah Cerita Dari Dalam, Saat Jiwa Bicara dan Dia Kembali.

“Novel grafik yang saya hasilkan memaparkan cerita-cerita ringan mengenai kehidupan remaja masa ini.

“Watak utama yang saya ketengahkan dalam cerita ini mewakili dua watak lelaki dan dan dua watak wanita.

“Saya selitkan cerita yang ringan ini bagi remaja mengenal erti kehidupan dan persahabatan di samping membantu remaja menangani masalah sosial,’’ kata Aie ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Novel setebal 80 halaman itu diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

Menurut Aie, dia mengambil masa dua bulan untuk merangka cerita dan menulis serta melukis novel tersebut.

“Idea untuk menulis novel grafik ini sudah ada sejak tahun 2000.

“Saya hasilkan novel lakaran ini kerana saya tidak mahu remaja hanya disajikan dengan cerita berat yang membosankan,’’ tambahnya yang menjadi kartunis sejak 1991.

Aie sebelum ini pernah menjadi pelukis dengan Even Publishing bagi menerbitkan majalah Jenaka dan kartunis di majalah Ujang pada 1993.

Jelasnya, penulisan novel grafik di Malaysia belum begitu berkembang jika dibandingkan dengan penulisan novel grafik di luar negara.

Namun apa yang dibanggakan, beberapa pelukis tanah air seperti Datuk Lat telah berjaya mencipta nama dengan menghasilkan novel grafik dan ia merupakan satu kebanggaan di kalangan kartunis di negara ini.

Kata Aie lagi: ``Apa yang penting dalam novel ini ialah elemen penceritaan dan lakaran yang boleh menarik minat pembaca.

“Plot dalam penceritaan ini dibuat dengan berhati-hati kerana ia membantu menarik minat pembaca, selain penggunaan warna yang menarik,’’ katanya yang menyasarkan novel ini kepada pembaca berumur antara 15 hingga 35 tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.