saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/11/2006

Siti Nurhaliza muncul di Jalan Masjid India


KEMUNCULAN Siti Nurhaliza di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur Jumaat lalu mengejutkan ramai pengunjung.


BAYANGKAN kawasan membeli belah popular, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur yang sinonim dengan kesesakan dikunjungi penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.

Barangkali suasananya pasti kecoh dan mengejutkan pengunjung yang lalu lalang di situ.

Tengah hari Jumaat lalu, Siti Nurhaliza betul-betul muncul di Jalan Masjid India walaupun lewat dua jam dari waktu yang ditetapkan. Tiba dengan kereta mewah pacuan empat roda, Siti jelas tidak mempedulikan statusnya sebagai penyanyi paling popular yang sudah bergelar Datuk.

Nampak sahaja kelibat Siti, orang ramai mula berbisik sesama sendiri. Setelah pasti itu adalah penyanyi kesayangan tanah air, pengunjung mula mengerumuni Siti Nurhaliza.

Terkenal dengan sifat mesranya, Siti melayan peminatnya yang ingin bergambar kenangan dan bersalaman. Keadaan sedikit tidak terkawal apabila keadaan tolak menolak mula berlaku kerana ada yang ingin melihat penyanyi tersebut secara dekat.

Ironinya Siti membuktikan bakat nyanyian lebih dihargai oleh peminat walaupun perkahwinan gemilangnya menjadi percakapan ramai.

Malah Siti kekal dengan sifat pemalunya. Kata Siti sebelum memulakan bicara: “Tak payahlah panggil Datuk, panggil Siti saja. Lebih mesra.”

Promosi Mentor 2

Sebenarnya kehadiran Siti di Jalan Masjid India merupakan sebahagian promosi program realiti Mentor 2 terbitan TV3. Separuh akhir peringkat pertama Mentor 2 berlangsung semalam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam yang menemukan Kat dan Ayu.

Siti yang ditemui memberitahu tujuan dia berada di situ untuk memberi gimik kepada protegenya, Kat yang disuruh menjual kerepek di sekitar kawasan Jalan Masjid India.

Jelas Siti lagi, gimik menjual kerepek itu seolah-olah mengulangi zaman kanak-kanaknya yang pernah menjual kuih.

“Siti menjual kuih sejak umur sembilan tahun (darjah tiga) hinggalah umur 15 tahun. Bagi Siti, menjual kuih satu pekerjaan yang memberikan satu pengalaman yang cukup berharga.

“Itulah permulaan segalanya untuk kejayaan Siti hari ini,” kata Siti yang tetap anggun walaupun mengenakan pakaian kasual.

Ini kerana kata Siti, hari ini dia berjaya membuang perasaan malunya ketika berdepan dengan orang ramai.

Malah kata Siti lagi, pengalaman berjumpa ramai orang banyak membantu kerjaya seninya dari segi berkomunikasi.

“Mula-mula dulu Siti memang malu sangat. Tetapi bila kuih habis dijual, perasaan seronok mula timbul.

“Namun Siti tak kan lupa pengalaman bangun pukul 4 pagi untuk membantu emak sampai tertidur di dapur,” cerita Siti berkongsi memori lampau.

Apabila ditanya kenapa dia tidak mengikut bersama Kat menjual kerepek, jawab Siti: “Siti memang nak Kat jual seorang diri. Biar Kat dapat mempertingkatkan keyakinan dirinya. Biar dia tahu, bukan mudah untuk mencapai sebuah kejayaan.”

Kat seronok jual kerepek

Tidak sampai 15 minit, Kat berjaya menghabiskan jualan kerepek. Apabila ditanya pengalaman yang diperolehnya, Kat nampak begitu seronok.

“Satu pengalaman yang luar biasa dan menarik. Seronok dapat jumpa ramai orang. Ada yang kelakar dan ada yang serius.

“Tapi masa mula hendak menjual tadi, ada juga perasaan malu,” kata Kat yang berpakaian kain batik ketika menjual kerepek.

Berkongsi cerita lagi apabila terdapat segelintir orang ramai yang tidak mahu membeli kerepek yang dijualnya, Kat menganggap perkara tersebut sebagai cabaran untuk berjaya.

“Saya cakap dalam hati. Tak mengapa, ramai lagi yang akan beli dan bertekad boleh menghabiskan jualan kerepek saya,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.