saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 13/11/2006

KLFW ke persada antarabangsa


MERAH menyerlah dengan busana labuh digaya bersama tudung ikatan moden hasil rekaan butik Jarumas.


KUALA LUMPUR 12 Nov. – Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2006 (KLFW) yang akan berlangsung sehingga Rabu ini dibuka dengan rasminya semalam dalam suasana penuh glamor dan berprestij.

Pembuka tirai perasmian KLFW 2006 itu menyaksikan 48 pereka fesyen tempatan mempamerkan rekaan masing-masing.

Bertemakan ‘Red Style Gala Opening Night’, kemunculan model dan selebriti tempatan mendapat tepukan gemuruh dan sorakan tetamu yang kebanyakan hadir dalam busana merah.

Penampilan hebat model Aleeza Kasim dan pelakon Ida Nerina yang memperagakan hasil rekaan Amir Luqman mencuri tumpuan hadirin.

Dengan gaun merah labuh, beropol dan bergaya elegan, kemunculan kedua-dua mereka menjadi pembuka jalan kepada rakan model yang lain memperagakan pelbagai fesyen yang menghangatkan lagi KLFW 2006.

Tetamu istimewa pada majlis itu ialah anak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Nori Abdullah yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia.

KLFW 2006 ditaja oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama media tempatan iaitu Utusan Malaysia dan The Star.

Turut memberikan kerjasama ialah Pempena Sdn. Bhd., L’Oreal dan Persatuan Pereka-Pereka Fesyen Malaysia (MODA).

Perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mirza Mohammad Taiyab.

Turut hadir Duta Perancis ke Malaysia, Alain du Boispean, Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia, Jean Francois Couve dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Mohd. Nasir Ali.

Sempena KLFW 2006, selain pertunjukan fesyen, pereka tempatan turut mengadakan pameran pelbagai jenis fesyen di gerai-gerai terpilih di tingkat 6, Berjaya Times Square di sini.

Kemeriahan berterusan dengan kemunculan artis Fauziah Latif yang elegan menggayakan rekaan gaun merah daripada butik Kapas Couture.

Penyertaan beberapa selebriti berterusan dengan kemunculan Sarimah Ibrahim yang bergaya dengan rekaan Nurita Harith, Reshmonu menggayakan ciptaan Daniel Cho dan Marion Caunter tampil dengan rekaan Richard Tsen.

Keindahan fabrik tempatan terutama songket turut mencuri tumpuan dengan kemunculan Salikin Sidek, Datin Noor Fatimah Ishak daripada butik D’Reka Batik dan Sabri Saad daripada butik Noor Arfa Batik.

Batik hasil tulisan tangan atas fabrik lembut syifon dan sutera juga mencuri tumpuan dengan penampilan bergaya model yang membawa rekaan Nazleen Noor, Eric Tho, Jendela Batik dan Arfa Batik.

Majlis turut diceriakan dengan penampilan Miss Malaysia/Dunia 2005, Emmeline Ng yang menggayakan rekaan Key Ng dan Miss Malaysia/Dunia 2006, Adeline Choo yang muncul dengan pelakon Raja Farah menyerlah dengan rekaan Ramon Jolly dan Aaron Gorge dibawah label Von Jolly.

Hampir setiap pereka menampilkan satu atau dua busana yang rata-rata menyerlah dengan gaun petang gaya kasual dan elegan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.