saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 16/11/2006

Razak Baginda dituduh bersubahat bunuh Altantuya

KUALA LUMPUR 16 Nov -- Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh bersubahat dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Abdul Razak, 46, yang mengetuai sebuah kumpulan pemikir tempatan, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Abdul Razak didakwa melakukan kesalahan bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Kpl Sirul Azhar Umar, 35, antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi 18 Okt lepas di tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, di sini.

Semalam, Azilah dan Sirul Azhar, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas Bukit Aman, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam kerana dituduh membunuh Altantuya, 28, yang mayatnya diletupkan di satu kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam, tiga minggu lalu. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.