saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 20/11/2006

Ketupat segera dalam plastik tidak berbahaya

MERUJUK kenyataan akhbar bertarikh 2 November 2006 mengenai Ketupat segera dalam plastik boleh akibat kanser, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam isu tersebut.

Bagaimanapun, tiada bukti yang menyatakan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem endokrin dan kesan karsinogenik. Plastik ketupat yang mengandungi bahan HDPE adalah jenis gred makanan yang tahan kepada haba sehingga 120oC dan tidak mudah merembes (leaching) keluar.

Kajian yang dilakukan oleh Institut Sains dan Teknologi Industri Pembuatan di Princeton, Amerika Syarikat yang dibangkitkan oleh Pengerusi CAP adalah kajian terhadap plastik HDPE saluran paip, dan ia tidak boleh disamakan dengan penggunaan plastik ketupat atau plastik pembungkus makanan.

Organik mudah meruap (VOC) dari plastik adalah tidak stabil dan mudah meruap pada suhu yang tinggi, oleh itu ia tidak menjadi isu keselamatan kerana sifat ini di dalam masalah plastik ketupat.

Salah satu bahan yang digunakan untuk membuat plastik termasuk yang digunakan untuk membuat bekas atau pembungkus plastik adalah Bisphenol A. Bahan ini dilaporkan boleh mengganggu sistem endokrin pada tahap yang agak tinggi.

Melalui kajian penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), kelunturan Bisphenol A dari plastik ketupat adalah di bawah paras bahaya dan tidak memudaratkan kesihatan manusia.

Untuk makluman pengguna, terdapat 2 bahan dalam plastik yang boleh menyebabkan gangguan sistem endokrin iaitu Diethyexyl phthalate (DEHP) dan Diisononylphthalate (DINP). Kajian yang dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dengan Kerjasama Universiti Malaya (UM) pada 2002, mendapati plastik ketupat mengandungi kedua-dua bahan ini pada paras yang amat rendah dan dengan itu tidak memudaratkan kesihatan kepada pengguna.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati pengguna supaya tidak perlu khuatir dan bimbang mengenai isu penggunaan plastik sebagai sarung ketupat.

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN,

Kementerian Kesihatan

Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.