saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/11/2006

Nor Mohamed dilantik semula sebagai Senator

KUALA LUMPUR 23 Nov. Perkhidmatan Menteri Kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai ahli Dewan Negara atau Senator akan disambung selama tiga tahun lagi berkuatkuasa 8 Januari depan.

Pejabat Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata, pelantikan semula Nor Mohamed diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putera Jamalullail atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut kenyataan itu yang ditandatangani Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Datuk Mazidah Abdul Majid, upacara mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan Nor Mohamed sebagai ahli Dewan Negara akan diuruskan oleh pihak Dewan Negara.

Nor Mohamed pertama kali dilantik sebagai ahli Dewan Negara pada 9 Januari 2004, serentak dengan pelantikannya sebagai Menteri Kewangan kedua.

Selain anggota Kabinet, beliau juga ialah anggota Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan anggota lembaga Khazanah Berhad.

Nor Mohamed memainkan peranan penting dalam merangka dan melaksanakan langkah-langkah kawalan pertukaran berpilih yang dilaksanakan pada September 1998.

Nor Mohamed yang memiliki ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Malaya dan Sarjana Pengurusan Perniagaan Catholic University of Leuven, Belgium, memulakan kerjayanya di Bank Negara antara 1968 dan 1994.

Selepas beberapa ketika berkhidmat dengan sektor swasta, beliau menyertai semula Bank Negara antara September 1998 dan Mei 2000, sebelum dilantik sebagai Penasihat Khas Ekonomi kepada Perdana Menteri antara Mei 2000 dan Januari 2004.

Sewaktu di Bank Negara, beliau bertanggungjawab melaksana beberapa projek besar, termasuk perbankan Islam di Malaysia, sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu), penubuhan mekanisme bayaran dua hala antara Bank Negara dan bank-bank Pusat negara Selatan-Selatan, penubuhan Suruhanjaya Sekuriti, Cagamas Berhad dan Rating Agency Malaysia Berhad.

Sewaktu menjadi penasihat khas ekonomi kepada Perdana Menteri, beliau turut memainkan peranan utama dalam beberapa penyusunan semula badan korporat termasuk UEM, MRCB, MAS, Tabung Haji, Johor Corp., KUB dan syarikat transit aliran ringan PUTRA dan STAR.

Beliau turut bertanggungjawab dalam penubuhan Skim Prosper yang bertujuan meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor peruncitan.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai anggota lembaga Suruhanjaya Sekuriti, Cagamas Berhad, MAS, Tabung Pencen Kerajaan, Tabung Amanah Warisan Johor dan Pengurusan Pelaburan ASN Berhad.

Nor Mohamed juga ialah anggota pengasas Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.