saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/11/2006

MAHA lonjakkan sektor pertanian

SERDANG 23 Nov. – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA 2006) mampu membawa lonjakan baru kepada bidang pertanian negara daripada satu bidang yang tidak berdaya saing kepada sektor yang menguntungkan dan dinamik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pameran dwitahunan itu juga diharap mampu mencetuskan apresiasi rakyat terhadap bidang pertanian sama ada sebagai pengguna atau peserta dalam bidang itu.

‘‘Dengan peruntukan RM220 juta, ertinya MAHA bukan sahaja boleh menjadi pameran pertanian tetapi juga sebuah pusat pelancongan yang mampu menarik orang ramai dan pelancong dari luar negara,” katanya.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas meluangkan masa hampir empat jam melawat MAHA 2006 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dengan tema Pertanian Adalah Perniagaan, MAHA 2006 disertai 976 gerai pameran dengan 697 peserta tempatan mengambil bahagian.

Peserta dari Australia, New Zealand, Belgium, United Kingdom, Belanda, Kanada, China, India, Taiwan, Thailand dan Indonesia turut menyertai pameran enam hari itu.

MAHA 2006 merupakan penganjuran kali kelima sejak 1999.

Najib berkata, selain mempamerkan produk pertanian dan asas tani, MAHA 2006 turut mempamerkan pelbagai teknologi baru yang boleh diaplikasikan petani, penternak dan usahawan tani untuk meningkatkan hasil pengeluaran mereka.

Katanya, dengan purata pengunjung yang mencecah 100,000 orang sehari, usaha untuk memajukan bidang asas tani di kalangan rakyat negara ini akan dapat dicapai.

‘‘Ada desakan untuk melanjutkannya (MAHA 2006), bagaimanapun ini mungkin sukar untuk dilaksanakan. Namun perkara ini akan diambil kira oleh Tan Sri Muhyiddin,” katanya.

Najib berkata, penyertaan 11 negara asing seperti China, Australia dan India dalam MAHA 2006 menunjukkan bahawa usaha kerajaan memajukan sektor pertanian kini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Beliau yakin jumlah dan kualiti pameran dari negara luar akan bertambah pada edisi MAHA yang akan datang.

Sempena lawatan Najib ke MAHA 2006, Persatuan Orkid Ipoh telah menamakan satu spesies orkid hibrid baru sebagai Ascorahnis Datuk Seri Najib iaitu sempena nama Timbalan Perdana Menteri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.