saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 26/11/2006

Sukan Fespic dibuka penuh tradisi


ABDULLAH Ahmad Badawi beramah mesra dengan ketua kontinjen Malaysia, Datuk Dr. Ismail Md Salleh sambil disaksikan oleh Azalina Othman, selepas beliau merasmikan Sukan Fespic Ke-9,di Stadium Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR – Sukan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) Timur Jauh dan Pasifik Selatan (Fespic) ke-9 dibuka secara rasmi semalam dalam suasana penuh warna-warni di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyempurnakan upacara perasmian.

Hadir sama pada majils itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said, Presiden Persekutuan Fespic, Dr. Kazuo Hatada dan Pemangku Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Zainal Abu Zarin.

Temasya selama seminggu itu yang lebih dikenali sebagai Fespic KL’06 disertai lebih 3,500 atlet dari 47 negara yang akan bersaing dalam 19 acara.

Malaysia menghantar 288 atlet dengan sasaran memburu 10 pingat emas. Pada Fespic kelapan di Busan empat tahun lalu, Malaysia sekadar membawa pulang dua emas.

KL’06 ini juga merupakan temasya kali terakhir yang menggunakan nama Fespic. Untuk temasya empat tahun akan datang, Sukan Fespic akan digantikan dengan Sukan Para Asia yang dijadual dianjurkan oleh Guangzhou, China.

Majlis perasmian semalam diserikan dengan pertunjukan bunga api sebelum perarakan masuk kontinjen negara peserta.

Sebelum itu, perarakan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia diikuti maskot Sukan Fespic kali ini, Kancil yang dinamakan “Ujang” dan “Che Mek”.

Peserta lempar cakera negara, Lee Seng Chow yang cacat penglihatan membacakan ikrar.

Obor kejohanan kemudian dibawa masuk oleh empat atlet OKU Malaysia iaitu Razali Jaafar, Hisham Khaironi, Choo Kam Chan dan David Wang.

Obor itu akan bernyala sehingga temasya itu berakhir pada 1 Disember ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.