saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/11/2006

Pemilikan aset: Najib mahu Singapura bersikap lebih terbuka

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kerajaan Singapura bersikap lebih terbuka bagi membolehkan lebih banyak syarikat Malaysia memiliki aset di republik itu.

Beliau berkata, aliran pelaburan dua hala yang saksama dan seimbang adalah untuk kepentingan bersama serta menguntungkan kedua-dua negara.

Merujuk pelaburan syarikat milik Singapura, Temasek di negara ini beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berkata, aliran kemasukan pelaburan dari Singapura ternyata besar.

‘‘Diperhatikan bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia.

‘‘Dari satu segi, kita memahami pemerolehan yang dikenal pasti adalah sukar untuk syarikat-syarikat Malaysia, mengambil kira struktur ekonomi Singapura,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Malaysia dan Singapura: Menyahut Cabaran Baru’ pada Persidangan Serantau London Business School (LBS) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Singapura, Wong Kan Seng, Profesor Emeritus LBS, Profesor John Stopford dan Presiden Kelab Alumni LBS Malaysia, Datuk Mohd. Saufi Abdullah.

Najib berkata, landskap ekonomi global kini menjadi lebih kompetitif dan memerlukan kedua-dua negara untuk bekerjasama.

Dalam hal ini katanya, dengan perkongsian dan kerjasama yang adil, kedua-dua negara akan kekal bersaing apabila berhadapan dengan kuasa ekonomi yang lebih besar.

‘‘Dengan persaingan yang bertambah, adalah perlu bagi Malaysia dan Singapura untuk melabur bagi masa depan masing-masing,’’ kata beliau.

Tambah Najib lagi, usaha meningkatkan hubungan politik juga adalah penting, bukan sahaja untuk tujuan diplomasi, malah disebabkan faktor ekonomi.

Justeru jelas beliau, tanpa menghiraukan percanggahan antara dua kerajaan pada masa lalu, kedua-dua negara terus terikat melalui hubungan yang kukuh.

Ini kerana, Malaysia dan Singapura berkongsi sejarah dan kebudayaan melampaui politik.

‘‘Saya fikir pemimpin-pemimpin di Malaysia dan Singapura akan bersetuju bahawa kita mesti bergerak melampaui retorik dan memberi tumpuan kepada asas-asas yang mendasari kepentingan bersama.

‘‘Saya percaya kita harus membangkitkan azam politik untuk bekerjasama di mana kita boleh, dan saling membantu dalam bidang-bidang yang kita tidak boleh.

‘‘Kita tiada pilihan. Logik ekonomi pada hari ini adalah jelas. Kita mesti membina kerjasama untuk memanfaatkan peluang dan kelebihan yang ada di rantau ini.

‘‘Malaysia dan Singapura boleh menjadi pemenang dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar. Tetapi, jika kita memilih untuk kekal tidak berminat, menghadapinya secara bersendirian, maka kita akan ketinggalan dalam persaingan tersebut,’’ katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, syarikat Singapura terutama milik kerajaan seperti Temasek, dialu-alu untuk turut serta dalam pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Katanya, WPI bakal menjana aktiviti ekonomi di wilayah selatan Johor dan sudah tentu akan turut memberi faedah kepada Singapura.

‘‘Iskandar akan menjadi enjin pertumbuhan baru ekonomi negara di selatan dan memastikan agenda pembangunan seimbang untuk Malaysia,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.