saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/11/2006

Kebaya berdarah The Red Kebaya

KENANGAN pahit memang sukar dilupakan. Biarpun peristiwa tersebut telah berlaku lama dahulu tetapi apabila ia merupakan sebuah peristiwa yang penuh tragis dan cukup menakutkan, sudah tentu ia akan selalu menganggu fikiran hingga menjadi trauma yang menakutkan.

Filem The Red Kebaya yang ditulis dan diarahkan oleh Oliver Knott ini adalah sebuah perjalanan yang membongkar semula peristiwa ngeri yang pernah berlaku ke atas seorang lelaki. Tujuannya bukanlah untuk membongkar misteri di sebalik pembunuhan tersebut atas tujuan untuk menuntut bela atau mencari keadilan tetapi peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kejadian berdarah tersebut muncul kembali sebagai kenangan lewat rumah yang pernah didiaminya.

Ia adalah peristiwa ngeri yang sukar difahaminya ketika itu. Pemuda itu Latiff (Ramli Hassan) yang sekian lama merantau ke luar negara kembali ke tanah air, sebenarnya hanya untuk bertemu kembali dengan kawan semasa kecilnya yang telah lama terpisah. Perjalanan menjejak teman lamanya itulah yang telah mengembalikan kenangan berdarah tersebut.

Perkahwinan Azizah (Vanida Imran), seorang janda beranak satu dengan Reynolds (Bob Mercer), seorang lelaki Inggeris telah mencetuskan kemarahan kepada bekas isteri Reynolds, Davina (Samantha Schubert) hingga akhirnya dia membuat komplot dengan merancang pembunuhan Reynolds. Dalam peristiwa tersebut Azizah juga turut terkorban.

Semua peristiwa ngeri tersebut berlaku dengan disaksikan oleh Latiff yang masih kecil ketika itu. Kemarahan dan cemburu Davina barangkali kerana dia tidak dapat menerima perkahwinan antara Reynolds dengan Azizah seorang wanita Melayu tempatan yang tidak mempunyai kedudukan sedangkan Reynolds adalah lelaki Inggeris yang mempunyai kedudukan istimewa dalam sebuah negara bekas jajahannya.

Bagaimana pun filem ini tidak membawa konflik yang boleh dilihat sebagai pertentangan hubungan antara penjajah dan masyarakat yang dijajahnya dalam sebuah negara sebagai konflik utama filem ini sehingga mampu mengangkat persoalan nasionalisme. Yang menjadi tumpuan filem ini adalah masalah kecemburuan dan rasa marah seorang wanita hingga akhirnya membawa korban berdarah.

Sebahagian besar dialog dalam filem ini menggunakan bahasa Inggeris kerana latar ceritanya adalah keluarga dan masyarakat Inggeris yang menguasai ekonomi Malaya kesan daripada penjajahan mereka.

Judul The Red Kebaya pada saya cukup menarik dan membawa makna yang tersendiri pada filem ini. Red atau merah membawa makna berdarah dan kebaya sekali gus juga membawa makna budaya kerana kebaya adalah pakaian wanita tempatan.

Keanggunan perempuan tempatan dalam pakaian kebaya berwarna merah itu telah berjaya menawan perhatian lelaki Inggeris tersebut hingga dia sanggup berkahwin dengannya.

Sebagai sebuah cerita, ia boleh sahaja menjadi lebih menarik dengan konflik yang lebih besar berdasarkan suasana dan latar masa peristiwa tersebut, tetapi penulis dan pengarahnya mengambil pendekatan yang agak sederhana.

Peristiwa pembunuhan Reynolds dan Azizah memang kelihatan mengerikan, tetapi konflik dan komplot yang membawa kepada peristiwa pembunuhan tersebut kelihatan berlaku terlalu mudah.

Apatah lagi pembunuh upahan yang ditugaskan melakukan tugas tersebut juga melakukannya dengan mudah. Lebih mengelirukan, apabila Latiff yang tersedar daripada lamunannya dan dia telah berada bersama dua orang bekas pembunuh bapa tirinya dan ibunya yang kini telah menjadi penagih dadah.

Kesan dramatik daripada peristiwa ini kurang terasa, malah melucukan. Hal ini disebabkan kelemahan penulis dalam membentuk struktur dramatiknya dan juga kelemahan arahan dalam lakonan yang kelihatan sederhana dan tidak menonjol biarpun barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini bukanlah orang baru dalam lakonan filem atau pentas.

Filem: The Red Kebaya

Arahan: Oliver Knott

Lakon layar: Oliver Knott

Pelakon: Ramli Hassan, Vanida Imran, Bob Mercer, Samantha Schubert, Zahim AlBakri, Paula Malai Ali dan Patrich Teoh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.