saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/11/2006

Rasuah: Bekas Yang Dipertua MPK dipenjara 4 tahun


Baharudin Ahmad.


KANGAR 29 Nov. – Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Baharudin Ahmad hari ini dihukum penjara empat tahun dan denda RM405,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas empat tuduhan menerima rasuah berjumlah RM387,500 pada 1999.

Hakim Rosilah Yop memerintahkan hukuman penjara ke atas Baharudin, 48, dijalankan serentak bagi keempat-empat tuduhan iaitu selama empat tahun berkuat kuasa hari ini.

Beliau juga memutuskan bahawa tertuduh boleh dihukum penjara berjumlah 47 bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM300,000 atau penjara 24 bulan.

Tertuduh juga dihukum penjara tiga tahun dan denda RM25,000 atau penjara enam bulan atas tuduhan kedua manakala untuk pertuduhan ketiga, dia dihukum penjara empat tahun dan denda RM60,000 atau penjara 13 bulan.

Dalam pertuduhan keempat pula, tertuduh didenda sebanyak RM20,000 atau penjara empat bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd. Yusoff manakala tertuduh diwakili peguam M. Kirubanandan yang hadir bagi pihak Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, Baharudin yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua MPK dituduh meminta suapan sebanyak RM300,000 daripada Nik Mokhtar Nik Hassan sebagai dorongan untuk meluluskan dan membantu melicinkan proses perjalanan projek perumahan bercampur di Taman Singgahsana di Titi Tinggi, Padang Besar.

Jumlah wang yang diminta itu menyamai tiga peratus daripada RM10 juta iaitu kos projek perumahan di kawasan seluas kira-kira 10 ekar kepunyaan MPK.

Baharudin dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat MPK antara 5 dan 15 Februari 1999. Dia dituduh di bawah Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta Nombor 575).

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada pukul 1.30 petang 3 Jun 1999 telah bersetuju menerima wang tunai berjumlah RM25,000 daripada individu yang sama di dalam sebuah kereta di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur sebagai upah untuk menandatangani perjanjian usaha sama dan membantu melicinkan perjalanan projek pembangunan perumahan tersebut dengan Sonati Development Corporation Sdn. Bhd. (Sonati).

Bagi pertuduhan ketiga, Baharudin dituduh bersetuju menerima suapan iaitu wang tunai RM30,000 dan cek tunai bernilai RM30,000 daripada Nik Mokhtar sebagai upah untuk membantu kelicinan perjalanan projek usaha sama projek pembangunan perumahan antara MPK dengan Sonati di pejabat MPK pada 5 petang 9 Julai 1999.

Dalam kedua-dua pertuduhan itu, dia didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa menerima satu set permainan golf jenis ‘Mizuno’ bernilai RM2,500 tanpa apa-apa balasan daripada Nik Mokhtar di Kedai Tan Aik Hin di Padang Besar pada 27 Oktober 1999 kira-kira pukul 1 petang.

Suapan itu diketahui ada hubungan dengan tugas rasminya iaitu meluluskan projek usaha sama perumahan bercampur Taman Singgahsana antara MPK dengan Sonati.

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Dalam prosiding hari ini, Mohamad Hanafiah meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh memandangkan Baharudin telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Yang Dipertua MPK.

‘‘Akibat daripada perbuatannya, MPK baru-baru ini telah disaman oleh sebuah syarikat hingga menyebabkan bangunan MPK disita pada 15 Ogos lepas. Kesalahan tertuduh adalah serius dan kerajaan sendiri mengambil berat terhadap kesalahan rasuah.

‘‘Kita juga maklum bahawa kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 yang dikeluarkan Transparency International jatuh dari kedudukan ke-39 ke tangga 44 daripada 163 negara yang terlibat dalam kajian tersebut.

‘‘Justeru, saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat walaupun ia merupakan kesalahan pertama tertuduh,” ujar Mohamad Hanafiah.

Ketika menjatuhkan hukuman ke atas Baharudin, Rosilah menolak permohonan peguam bela yang meminta agar hukuman ke atas Baharudin ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Tertuduh menamatkan kontraknya sebagai Yang Dipertua MPK pada 31 Oktober 2003. Dia dilantik sebagai Yang Dipertua majlis itu sejak 10 Februari 1999.

Baharudin merupakan Yang Dipertua MPK kesembilan menggantikan Datuk Mohd. Johari Darus, dan menjadi Yang Dipertua paling lama menerajui agensi tersebut iaitu selama empat tahun.

Baharudin pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perlis selama dua tahun mulai 1997 sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua MPK secara kontrak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.