saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/11/2006

Ieda, Noorkhiriah berkongsi pelamin


KHUSYUK... Suami Ieda Moin, Qib (kanan) membacakan doa sebelum memulakan majlis resepsi mereka dengan Noorkhiriah-Faizul yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.


MAJLISNYA sederhana sahaja tetapi meninggalkan memori tersendiri buat pasangan pengantin Ieda Moin-Qib dan Noorkhiriah-Faizul.

Ini kerana mereka dikhabarkan menjadi artis pertama yang melangsungkan majlis perkahwinan di aras tertinggi Menara Kuala Lumpur (Menara KL) yang kini sedang meraikan sambutan ulang tahun ke-10.

“Tentu sahaja ia melakarkan sejarah tersendiri buat diri kami,” kata Ieda yang ditemui selepas selesai majlis resepsi yang dilangsungkan bersama Noorkhiriah, teman baiknya pada malam Khamis lalu.

Bukan itu sahaja, beberapa kejutan kecil yang dibuat oleh pengacaranya, aktres Didie Alias pasti sahaja mampu memberi kenangan terindah buat kedua-dua mempelai.

Antaranya mendatangkan secara khas ibu bapa Noorkhiriah dari Raub, Pahang serta meminta suami Ieda iaitu Qib membacakan doa.

“Saya memang tak sangka ibu bapa saya dapat hadir malam ini. Terharu saya,” kata Noorkhiriah atau mesra dipanggil Nor.

Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie telah diijabkabulkan dengan Azfaidzul Antan (Faizul) pada 11 November lalu di kampung halamannya di Raub.

Sementara Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abdul Moin dan suaminya, Qib atau Mohd. Naquib Idris, masing-masing 27, telah melangsungkan pernikahan mereka seminggu sebelum itu iaitu pada 4 November lalu di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Hadiah tidak sampai RM10

Pada majlis resepsi itu, kedua-dua mempelai juga bertukar-tukar hadiah yang harganya tidak sampai RM10.

Noorkhiriah membelikan garam dan gula kepada Ieda dan pasangannya sebagai simbolik kepada kehidupan berumah tangga yang perlu ditempuh.

Sementara Ieda pula memberikan puting susu kepada Noorkhiriah dan Azfaidzul agar kedua-dua mempelai cepat menimang cahaya mata.

Memeriahkan majlis tersebut ialah Datin Suliza Salam dan suaminya, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin serta Linda Onn yang hadir bersama Fahrin Ahmad.

Tak sangka meriah

Ieda dan Noorkhiriah serta pasangan masing-masing malam itu hadir bak kembar tak seiras dengan mengenakan baju rekaan serupa daripada Butik Pesona Anggun yang beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan.

Menariknya majlis resepsi yang dilangsungkan untuk menghargai keluarga dan media itu merupakan hadiah dan tanda persahabatan daripada pemilik Pesona Anggun, Norizan Adam dan teman baik mereka, Izman Abor.

“Kami cuma keluarkan duit untuk mencetak kad sahaja. Yang lain diuruskan oleh mereka,” kata Ieda.

“Tak sangka ia semeriah begini walaupun persiapan yang diatur tidak sampai seminggu,” kata Noorkhiriah pula.

Bercerita tentang kehidupan baru mereka sebagai isteri, kata Noorkhiriah, perhubungan mereka secara automatik menjadi lebih erat selepas berkahwin.

“Mungkin masa bertunang banyak dugaannya, justeru, kami selalu bertekak tetapi sejak dua minggu lepas nikah, nampaknya masing-masing sudah boleh bertolak ansur,” jelasnya.

Ieda pula yang selama ini terkenal dengan sikap lincahnya mengakui agak malu saat mula-mula bergelar isteri.

“Nak tutup pintu bilik pun jadi serba salah kerana malu dengan mak bapa,” katanya sambil ketawa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.