saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/12/2006

Sebuah Itjihad `penjarakan’ Sofea, Sheila dan Mas Idayu


TONGGAK penting drama Sebuah Ijtihad (dari depan) Sofia Jane, Sheila Rusly dan Mas Idayu.


BUKAN tidak pernah kisah kehidupan di penjara dipaparkan dalam sebuah drama tetapi Sheila Rusly optimis, drama Sebuah Ijtihad bakal memberikan kelainan.

Pertama kerana lebih 80 peratus penggambarannya dilakukan di dalam sel penjara iaitu Penjara Pudu dan Penjara Kajang.

“Lebih penting, kami memaparkan kisah yang ditulis berdasarkan fakta sebenar mengikut peraturan penjara dan polis,” ujar Sheila yang ditemui ketika menjalani penggambaran drama terbitan syarikat miliknya dan suami, Js Pictures Sdn. Bhd., di Penjara Pudu baru-baru ini.

Mendukung watak penting sebagai banduan bernama Cat, Sheila bergandingan dengan Sofia Jane yang telah 11 tahun tidak pernah melakonkan peranan utama. Sofia membawakan watak [email protected] serta Mas Idayu sebagai Zack.

Menurut Sheila, pihaknya turut mengatur pertemuan dengan pihak Jabatan Pentadbiran Penjara dalam usaha mendapatkan maklumat tepat mengenai kehidupan banduan.

Kata penulis skripnya pula, Nazli Jaafar atau lebih popular dengan nama penanya, Che Li:

“Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Penjara kerana banyak membantu.

“Ini kerana setiap kali menulis skrip ini, saya akan merujuk kepada mereka untuk mendapatkan fakta sebenar malah saya diberi peluang meninjau keadaan di penjara bagi membolehkan saya mendapatkan inspirasi dan mengembangkan watak-wataknya.

“Terutama bagi babak di `bilik akhir’ dan `bilik gantung’ apabila saya memasukkan satu watak yang dipegang oleh Didie Alias. Wataknya menarik dan memang mencabar sebagai seorang banduan akhir yang sesat.

“Selain itu, saya juga banyak menonton dan membaca surat khabar serta majalah untuk membuat kajian.”

Diarahkan oleh Jinggo, perancangan untuk merealisasikan drama itu bermula sejak Ogos lalu iaitu semasa pembikinan drama Tain (juga terbitan/lakonan/arahan Sheila dan Jinggo).

Ia merupakan drama kelima terbitan Js Pictures dan telah menjalani penggambaran selama 10 hari sejak awal November lalu.

Bagi Jinggo, drama itu merupakan kolaborasi pertamanya dengan Sofia selepas 14 tahun.

“Dulu saya pernah bekerja dengan Sofia tetapi ketika itu saya hanyalah seorang handyman (krew di belakang tabir),” kata Jinggo.

Bercerita rahsianya menghasilkan kekuatan watak pada setiap pelakon, kata Jinggo, seminggu sebelum penggambaran dia mengamalkan pendekatan perbincangan dengan semua pelakon tentang karakter masing-masing.

DRAMA: SEBUAH iJTIHAD

PENGARAH: JINGGO

IDEA ASAL: JINGGO & SHEILA RUSLY

PENULIS SKRIP: CHE LI

LOKASI: PENJARA PUDU, KUALA LUMPUR

TERBITAN: Js PICTURES SDN. BHD.

PENERBIT EKSEKUTIF: JINGGO

PENERBIT: SHEILA RUSLY

PELAKON: SOFIA JANE sebagai [email protected], SHEILA RUSLY (CAT), MAS IDAYU (ZACK), MAIMON ABDUL MUTALIB (WARDEN).

TAYANGAN: JANUARI 2007 UNTUK TV3

“Pendekatan sebegini penting kerana saya percaya melaluinya setiap pelakon tahu dan boleh mencorak watak dan perwatakannya apabila tiba di set,” jelas Jinggo yang menyasarkan jumlah penonton sebanyak tiga juta bagi Sebuah Ijtihad yang bakal ditayangkan di TV3, Januari depan.

Watak dan Perwatakan

* SOFIA JANE sebagai

[email protected], seorang pengasas kosmetik yang berjaya tetapi dipenjarakan kerana dadah dan menunggu hukuman gantung.

* SHEILA RUSLY sebagai Cat iaitu seorang banduan senior yang dipanggil Checker dan dihormati oleh banduan lain. Dia merupakan orang yang banyak berkomunikasi dengan warden. Dipenjara kerana kesalahan membunuh suami yang memaksanya menjadi pelacur.

* MAS IDAYU sebagai Zack yang dipenjarakan kerana memukul suami.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.