saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 02/12/2006

Taufan Durian ragut 400 nyawa


PULUHAN penduduk kampung wilayah Albay mengecam mayat saudara-mara mereka di luar rumah mayat di bandar Guinobatan, semalam. – AFP.


MANILA 1 Dis. – Taufan Durian yang membadai Filipina menyebabkan sekurang-kurangnya 400 orang disahkan terbunuh dan angka kematian itu dikhuatiri meningkat selepas hujan lebat dan ribut kencang menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur dari gunung berapi Mayon.

Kampung-kampung berhampiran gunung berkenaan, 320 kilometer di selatan Manila diliputi lumpur dan batu selepas taufan Durian mengalirkan serpihan-serpihan gunung berapi dari cerun.

Jurucakap Palang Merah Filipina, Teresa Arguelles berkata, 96 lagi dilaporkan masih hilang dan semua yang terbunuh merupakan mangsa di wilayah Albay.

“Laporan awal yang diterima menunjukkan sejumlah 146 orang terbunuh dan tiga kawasan ditutupi lumpur,” kata Richard Gordon, ketua Palang Merah Filipina, sambil menambah, 75 orang dilaporkan hilang di wilayah Albay.

Menurut beliau, angka kematian juga mungkin meningkat apabila laporan-laporan bencana mula diterima daripada wilayah-wilayah lain di kawasan tengah Bicon yang turut mengalami gangguan tenaga elektrik, komunikasi serta terputus jalan perhubungan darat yang menjejaskan usaha-usaha menyelamat.

Presiden Gloria Macapagal Arroyo turut mengarahkan tentera memberikan bantuan kepada pasukan perubatan untuk sampai di kampung-kampung terpencil.

Agensi-agensi bantuan juga meminta bantuan bekalan air bersih, ubat-ubatan dan beg mayat.

Kawasan di sekitar Gunung Mayon hari ini cerah selepas hujan lebat dan tiupan angin kencang selaju 225 kilometer sejam membadai seluruh kawasan ini.

“Itu saja perkara menarik yang dapat kami rasai hari ini,” kata Gabenor Albay, Fernando Gonzales merujuk kepada cuaca hari ini.

Taufan Durian telah meninggalkan kemusnahan dan kerosakan di tengah dan utara Filipina, menjejaskan 22,000 penduduk akibat banjir dan angin kencang yang memusnahkan kediaman dan mengganggu pengangkutan udara serta laut.

Setiausaha Pertanian, Arthur Yap berkata, para petani mengalami kerugian bernilai 500 juta peso (RM36.6 juta) selepas taufan Durian membadai kebun-kebun kelapa, sawah dan hem.

Taufan Durian hampir mencapai tahap kategori 5 “taufan super” semasa membadai Filipina semalam dan kini berada di Laut China Selatan dan dijangka menjadi ribut tropika ketika menghampir Vietnam dalam tempoh beberapa hari lagi.

Di pulau Marinduque, pokok-pokok tercabut, tiang-tiang lampu tumbang dan bumbung rumah diterbangkan angin.

“Ia paling buruk dalam sejarah. Hampir semua rumah musnah,” kata anggota Kongres, Edmund Reyes.

Sementara itu, syarikat pelombongan Australia, Lafayette Mining Ltd. menyatakan, operasi di lombong emas di wilayah Albay turut terjejas dan meminta urus niaga sahamnya digantung bagi membolehkan penilaian kerosakan itu dijalankan.

Taufan ini dinamakan sempena buah durian dan merupakan ribut kencang keempat membadai Filipina dalam tempoh tiga bulan ini.

– Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.