saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 02/12/2006

Presiden UMNO sedia jumpa Mukhriz

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau sedia berjumpa Datuk Mukhriz Mahathir berhubung kenyataan Exco Pemuda UMNO itu yang memperlekehkan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Perdana Menteri menjelaskan, beliau akan memberi kerjasama kepada Pergerakan Pemuda UMNO yang sedang mengatur pertemuan tersebut.

‘‘Terserah kepada Pemuda apa yang mereka nak laksanakan, dan saya bersedia memberi kerjasama saya,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Datuk Onn, Ibu Pejabat UMNO di sini hari ini.

Abdullah yang juga Presiden UMNO ditanya mengenai keputusan mesyuarat Exco Pemuda UMNO semalam yang menerima permohonan maaf dan penjelasan Mukhriz berkaitan kenyataan beliau memperlekehkan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir 17 November lalu.

Pada mesyuarat itu, Mukhriz menyatakan kesediaannya bertemu Abdullah bagi memberikan penjelasan berhubung kenyataannya yang menimbulkan kontroversi.

Menurut Perdana Menteri, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah pun memberi penerangan kepada beliau dan MT tentang keputusan pergerakan itu.

‘‘Kita (MT) telah pun mengambil maklum tentang apa yang telah diputuskan oleh Pemuda UMNO,’’ katanya.

Sementara itu, Hishammuddin ketika ditemui kemudian berkata, kesediaan Abdullah bertemu Mukhriz merupakan satu petanda baik bagi menyelesaikan isu itu selain membantu Pemuda untuk merapatkan kembali jentera parti.

‘‘Beliau (Abdullah) tidak pernah mengecewakan kami (Pergerakan Pemuda), apa juga usaha yang dibuat Pemuda adalah untuk kebaikan,’’ katanya.

Sehubungan itu, katanya, pertemuan antara Mukhriz dengan Abdullah akan diatur setelah mendapat ‘lampu hijau’ daripada pejabat Presiden UMNO.

‘‘Kita akan atur pertemuan itu dan ia banyak bergantung kepada kelapangan Presiden (Abdullah),’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.