saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/12/2006

Wanita Malaysia paling seksi muncul dengan album sulung

NAMA Hannah T menjadi sebutan ramai selepas dipilih sebagai Wanita Malaysia Paling Seksi oleh majalah For Him Magazine (FHM), baru-baru ini. Populariti Hannah tidak terhenti setakat itu sahaja, sebaliknya dia terus mengorak langkah tetapi kali ini menerusi bidang nyanyian.

Hannah atau nama sebenarnya Hannah Sarah Tan baru muncul dengan album sulungnya yang berjudul Crossing Bridges.

Penyanyi seksi ini dikatakan mampu untuk memeriahkan lagi dunia seni suara tempatan dengan bakat yang dimilikinya.

Hannah bukan sahaja dikenali kerana kejelitaannya tetapi dia juga amat berbakat dalam bidang penciptaan lagu.

Buktinya penyanyi tinggi lampai ini turut memuatkan sebuah lagu gubahannya berjudul Truly Yours dalam album pertamanya itu.

Inisiatif dan komitmen Hannah menerusi album itu mampu menampilkan kelainan konsep serta muzik yang diketengahkannya.

Malah, Crossing Bridges turut dikuatkan dengan lagu-lagu sumbangan komposer-komposer terkemuka di peringkat antarabangsa.

Antara komposer terbabit termasuklah Andrew Fromm, Christopher Rojas, Jorgen Elofsson dan Phil Thornalley yang pernah menghasilkan lagu-lagu popular penyanyi antarabangsa seperti Backstreet Boys, Britney Spears, Kelly Clarkson serta Natalie Imbruglia.

Selain bergelar model, penyanyi dan pengacara majlis, Hannah juga merupakan pengacara program televisyen yang cukup dikenali ramai.

Personaliti jelita ini misalnya pernah muncul melalui program televisyen seperti Ringgit Sense, Girl’s Club, [email protected] dan What Women Want.

Gabungan bakat yang pelbagai, Hannah dijangka melalui laluan mudah untuk mencipta namanya dalam dunia hiburan tempatan.

Buat masa ini Hannah memberi tumpuan bagi mempromosikan Crossing Bridges yang dikeluarkan oleh supaFOOK.

Para pembeli album itu bukan setakat akan menikmati lagu-lagu yang segar tetapi pelbagai peraduan yang menyediakan hadiah-hadiah lumayan.

Para peminat antaranya berpeluang menyertai peraduan Be A Celebri-t With Hannah T! bagi memenangi hadiah wang tunai RM100,000.Pemenang bertuah peraduan itu juga akan memenangi pakej percutian selain berpeluang muncul menerusi video muzik Hannah.

Di samping itu, Crossing Bridges turut menawarkan satu lagi peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 serta melancong bersama Hannah ke Jepun.

Bagi menyertai peraduan-peraduan itu, para peminat perlu membeli album tersebut yang dijual melalui laman web Hannah dengan harga RM59.

Tarikh tutup peraduan pada 28 Februari ini. Sebarang maklumat sila layari laman web www.hannahtclub.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.