KORPORAT
ARKIB : 04/12/2006
Bank Persatuan sasar jadi bank koperasi utama
PULAU PINANG 3 Dis. – Koperasi Bank Persatuan Malaysia Bhd. (Bank Persatuan) yang kini mempunyai modal sebanyak RM113 juta, mahu mengikuti jejak langkah Bank Rakyat menjadi pemain utama dalam industri koperasi tempatan.
Pengerusinya Datuk Mohamed Darus berkata: ‘‘Kami mahu berada di kedudukan yang sama dengan pemain utama dalam industri koperasi di negara ini.’’
Beliau berkata, Bank Rakyat atau Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd., sebuah bank koperasi terulung di negara ini telah menjadi mentor kami yang memberikan bimbingan dalam perkembangan Bank Persatuan.
Mohamed berkata, Bank Persatuan telah mengumumkan keuntungan sebanyak RM11.5 juta iaitu peningkatan RM6.5 juta atau 130 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005.
Bank Persatuan kini mempunyai sembilan buah cawangan di seluruh negara.
‘‘Kami merancang untuk membuka lebih banyak cawangan pada tahun depan termasuk di Putrajaya, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Seremban,’’ kata beliau.
Mohamed berkata, Bank Persatuan bukan sahaja pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tetapi juga melengkapi keperluan pembangunan koperasi yang memiliki membabitkan keahlian 29,000 anggota.
“Bank Persatuan kini mempunyai aset terkumpul RM230 juta dengan kadar pinjaman tidak berbayar yang dicatatkan sehingga 31 Disember tahun lalu ialah 3.34 peratus berbanding kadar tertinggi dalam industri sebanyak lima peratus,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha ke arah meletakkan kedudukan kewangan Bank Persatuan sebagai entiti perniagaan perbankan koperasi yang diiktiraf kerajaan.
Sehubungan itu, kata beliau, Bank Persatuan akan terus mengembangkan sayapnya ke seluruh negara bagi mencari dan meneroka peluang baru yang berpotensi maju.
Di antara produk utama Bank Persatuan yang kini ditawarkan kepada pelanggan dan ahlinya termasuklah perniagaan perbankan, pelaburan, pelaburan dan perniagaan hartanah.
Perkhidmatan perbankan merangkumi sektor pembiayaan runcit dan penerimaan deposit adalah perniagaan teras yang dijalankan melalui operasi bank di semua cawangan.
Mohamed, bagaimanapun berkata, mulai tahun ini Bank Persatuan tidak lagi terbabit sebagai pemaju perumahan sebagaimana sebelum ini bagi membolehkan bank tersebut memberi tumpuan kepada perkhidmatan perbankan.
Peranan itu akan diambilalih anak syarikat Bank Persatuan iaitu Pembangunan BPSP Sdn. Bhd. iaitu syarikat pelaburan dan pengurusan projek yang mempunyai modal berbayar RM1 juta dan Larismas Bina Sdn. Bhd. akan menjalankan projek pembinaan.
Mohamed juga berkata, Bank Persatuan tidak pernah ketinggalan mengagihkan dividen kepada para ahlinya malah sejak dari tahun 2000 Bank Persatuan mengagihkan dividen sebanyak lapan peratus, tahun 2001 hingga 2004 (10
peratus) dan 2005 (12.5 peratus).
Beliau berkata, Bank Persatuan sebelum ini dikenali sebagai Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Bhd. atau The
Province Wellesley Co-Operative Banking Union Limited yang didaftarkan pada 7 Januari 1950.
Bank itu diwujudkan ketika syarikat-syarikat kerjasama kampung sedang berkembang dan Pesuruhjaya Kemajuan Kerjasama Persekutuan Tanah Melayu, R.C Gates merasakan perlu ada sebuah bank bagi yang dapat menyatukan modal bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kepada para ahli.
Bank Persatuan yang menjadi naungan kepada 15 buah syarikat kerjasama kampung dengan ahli seramai 385 orang ketika ditubuhkan telah diubah operasinya mengikut kehendak Syariah Islam oleh Bank Negara Malaysia mulai tahun 1993.
Lembah Sari terima kontrak secara tender terbuka
Bank diminta bantu pembeli rumah pertama
Proton mahu kukuh perkhidmatan selepas jualan
UDA dan Tradewinds bangun semula BB Plaza
SME Factors mahu kembang perniagaan ke Sri Lanka
Malindo Air mula penerbangan Ipoh-Jb, Ipoh-Medan
AIA perkenal perkhidmatan Med-Ekspress
Belum berpuas hati - Badlisham
Syarikat bumiputera digalak majukan tanah rizab
Aplikasi pintar PruBSN UmmahLink
TNB tidak pernah iktiraf alat jimat elektrik
Sektor pembinaan guna MyCESMM
Pizza Hut sedia laksana GST
Philips Group mahu bekerjasama dengan kerajaan
Iskandar catat pelaburan RM10b S3
KLIA terima pendaratan pesawat B787 Dreamliner pertama milik Royal Jordanian
Harga baharu Toyota Altis
T'Shoppe Durian Burung contoh perniagaan runcit paling berjaya di Terengganu
31 syarikat disaman tiru rekaan Chuck Taylor
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












