saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/12/2006

Fiq juara Mentor musim kedua


Fiq (kanan) bersama mentornya, Amy Search malam tadi.


SHAH ALAM 3 Dis. – Kemantapan vokal dan persembahan bertenaga Fiq berjaya menambat hati para juri dan penonton, sekali gus melayakkannya muncul juara Mentor musim kedua (Mentor 2) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini malam ini.

Dia yang merupakan calon pilihan musim ini mempersembahkan lagu berkonsepkan rock dengan baik selain mempunyai pengaruh yang ramai, berjaya mengetepikan saingan terdekatnya Nieyl dan Kat menerusi pemilihan tiga juri profesional dan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada para penonton.

Protege Amy Search itu yang memilih lagu-lagu Tiada Lagi dan Bujang Senang yang disampaikan secara solo dan berduet dengan Amy untuk lagu Isi dan Kulit dan Fantasia Bulan Madu dengan Deja Moss berjaya memperoleh 119.3 peratus undi manakala Nieyl yang bermentorkan Nurul dan Kat (Datuk Siti Nurhaliza) masing-masing hanya memperoleh 98.2 dan 74.5 peratus undian.

Sebanyak 50 peratus pemilihan juara Mentor itu dibuat oleh tiga juri iaitu Roslan Aziz, Zainal Abidin dan Liza Hanim, manakala selebihnya menerusi undian SMS para penonton di rumah.

Dengan kemenangan itu, Fiq atau nama sebenarnya Mohd. Firdauz Abdul Halim, 24, berjaya menggondol hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, tawaran menjadi artis rakaman EMI Music Sdn. Bhd., dan trofi.

Dia juga bakal meneruskan cabaran untuk bergelar ‘juara antara juara’ apabila bersaing dengan pemenang ‘bintang cari bintang’ dari Indonesia iaitu Ima yang bermentorkan penyanyi dangdut terkenal dari republik itu, Inul Daratista pada satu pertandingan yang akan diadakan pada 24 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Nieyl atau nama sebenarnya Nuriylia Jailani yang berpengalaman menyanyi di kelab-kelab malam pula menduduki tempat kedua dan menerima wang tunai RM20,000 dan sebuah trofi.

Dia memilih lagu-lagu Sway dan Elergi Sepi secara solo dan memilih lagu Objection untuk berduet dengan Nurul dan Seiring Sejalan, berduet dengan Ajai.

Kat atau Siti Khatijah Hassan yang disebut-sebut mampu bergelar juara serta mendapat undian tertinggi pada persaingan separuh akhir Mentor 2 terpaksa akur dan berpuas hati di tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM7,000 dan trofi.

Dia menyampaikan lagu-lagu Legenda dan Nuri secara solo, dan memilih lagu-lagu Big Spender untuk berduet dengan mentornya serta lagu Kita Insan Biasa bersama Hattan.

Amy yang menjadi mentor Fiq sepanjang 13 episod pertandingan nyanyian itu diadakan turut menerima imbuhan berupa wang tunai berjumlah RM20,000.

Mentor Nieyl, iaitu Nurul pula menerima wang tunai sebanyak RM10,000 manakala mentor Kat iaitu Siti Nurhaliza menerima wang tunai sebanyak RM3,000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.