saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 07/12/2006

Al-Arqam: Ada gagal dipulih

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, program pemulihan yang dilaksanakan oleh jabatan itu tidak gagal sepenuhnya dalam memulihkan bekas pengikut Al-Arqam.

Sebaliknya, katanya, program tersebut berjaya memulihkan ramai juga bekas pengikut kumpulan itu.

‘‘Bagaimanapun, pada masa yang sama masih ada yang tidak berjaya dipulihkan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman semalam yang menyatakan bahawa bekas pengikut kumpulan Al-Arqam masih gagal dipulihkan.

Menurut Abdul Hamid, kegagalan itu disebabkan kurang pengawasan pihak berkuasa ke atas pengikut kumpulan itu setelah mereka bebas dari pusat pemulihan akidah.

Mustafa berkata, Jakim sentiasa memantau dan menangani cubaan bekas ahli-ahli Al-Arqam untuk menghidupkan semula ajaran kumpulan itu.

Beliau berkata, hasil pemantauan Jakim itu telah membolehkan beberapa bekas pengikut Al-Arqam ditahan kerana cuba menghidupkan kembali ajaran kumpulan itu melalui kumpulan Rufaqa’ yang mereka tubuhkan.

Beliau merujuk kepada penahanan empat pemimpin kanan Rufaqa’ yang dipercayai cuba mengembangkan semula ajaran kumpulan Al-Arqam.

Ajaran Rufaqa’ telah diharamkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Keempat-empat lelaki bergelar ‘sheikh’ yang merupakan ahli perniagaan adalah antara 100 ahli Rufaqa’ yang ditahan dalam serbuan JAIS di Shah Alam baru-baru ini.

Al-Arqam diharamkan pada Ogos 1995 selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan ajaran Aurad Muhammadiyah yang dibawa oleh bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad sebagai haram.

Ashaari kemudian ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum dibebaskan dua tahun lalu.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.