saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/12/2006

Cicak-Man kutip RM350,000 hari pertama tayangan


Cicak-Man.


KUALA LUMPUR 8 Dis. – Cicak-Man mencipta sejarah dunia perfileman tempatan apabila muncul filem Melayu pertama mengaut kutipan tiket paling tinggi berjumlah RM350,000 pada hari pertama tayangan di seluruh negara semalam.

Cicak-Man menewaskan filem Nana Tanjung yang mengutip kutipan tiket RM240,000 pada hari pertama ditayangkan 23 November lalu.

Sementara filem Cinta di tangga ketiga dengan kutipan RM200,000 pada hari pertama tayangan 30 November lalu.

Cicak-Man, filem komedi superhero, terbitan KRU Films Sdn. Bhd. yang menelan belanja sekitar RM1.7 juta itu ditayangkan di 39 pawagam di seluruh negara.

Penerbit Eksekutif Cicak-Man, Norman Abdul Halim, 34, berkata, beliau terkejut apabila tinjauan yang dijalankannya mendapati 90 peratus tiket untuk menyaksikan filem pertama terbitan syarikat itu habis dijual.

“Semalam sahaja 47,116 tiket yang dijual di pawagam-pawagam GSC Mid Valley dan TGV Suria KLCC habis.

“Malah, saya diberitahu pawagam TGV di KLCC juga terpaksa membuka kaunter dan laluan khas bagi memudahkan orang ramai membeli tiket filem ini,” katanya kepada Utusan Malaysia sewaktu dihubungi di sini hari ini.

Cicak-Man diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan dibintangi oleh barisan pelakon popular tanah air seperti Saiful Apek, Aznil Nawawi, Fasha Sandha, Adlin Aman Ramlie dan AC Mizal.

Menurut Norman, sambutan hebat penonton itu antara lain kerana Cicak-Man merupakan filem komedi superhero tempatan pertama yang diangkat ke layar perak.

“Cicak-Man merupakan filem Melayu pertama menggunakan teknik CGI (imej penjanaan komputer) dalam kebanyakan adegan yang dipaparkan dalam filem ini.

“Apatah lagi, filem ini ditayangkan ketika musim cuti sekolah. Justeru, sambutannya memang sungguh di luar dugaan,” ujarnya.

Norman berkata, KRU Films Sdn. Bhd., menyasarkan untuk menarik seramai 500,000 penonton bagi menyaksikan filem genre superhero pertama terbitannya itu.

“Berdasarkan sambutan hebat itu, KRU Films Sdn. Bhd., juga akan mengadakan sambungan Cicak-Man pada Januari tahun depan,” katanya lagi.

Utusan Malaysia difahamkan, DiGi selaku penaja utama Cicak-Man telah memperuntukkan bajet lebih RM3 juta bagi mempromosi serta memasarkan filem tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.