saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 11/12/2006

Jangan terima tawaran Singapura

JOHOR BAHRU 10 Dis. – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad meminta kerajaan negeri menolak sebarang usaha oleh syarikat milik kerajaan Singapura (GLC Singapura) untuk membeli ekuiti dalam projek monorel yang akan dilaksanakan di bandar raya ini bernilai RM3 billion.

Katanya, Jalur Mudra Sdn. Bhd. (JMSB), syarikat tempatan yang telah diberikan kebenaran untuk menyiapkan projek tersebut, tidak harus memberi ruang kepada mana-mana GLC Singapura menyertai projek yang dikendalikannya.

‘‘Permintaan sedemikian tidak patut dilayan langsung kerana ia merupakan cadangan yang mengarut,” katanya selepas menutup Program Gerak Tumpu Ke Arah Kampung Melayu Bebas Dadah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai minat sebuah syarikat Singapura, SMRT Corporation (SMRT) untuk menyertai projek tersebut.

SMRT ialah syarikat pengendali pengangkutan awam Singapura yang mana 55 peratus sahamnya dimiliki oleh cabang pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

Syarikat itu pada Rabu lalu menyatakan minatnya untuk menjadi rakan teknologi atau pengurus bersama dengan JMSB bagi menyiapkan projek tersebut pada 2011.

Menurut Shahrir, projek monorel itu tidak memerlukan penglibatan mana-mana syarikat asing kerana ia mampu dikendalikan sendiri oleh kepakaran tempatan.

Katanya, cadangan pelaksanaan projek kereta api laju oleh YTL Corporation juga tidak sepatutnya melibatkan Singapura.

Beliau berkata, jika projek itu mahu diteruskan ke Singapura dan tidak berhenti di sini bermakna mesti ada jambatan baru dibina untuk dilalui oleh keretapi laju itu.

‘‘Ini juga cadangan yang melucukan. Singapura pernah menolak cadangan pembinaan jambatan baru ke sana tetapi kini mahu projek kereta api laju berhenti di republik itu,” katanya.

Bagaimanapun, kata Shahrir, syarikat Singapura tidak dihalang untuk menyertai projek dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (PWI) kerana mana-mana pelabur asing dialu-alukan untuk membantu menjayakan projek tersebut.

Katanya, adalah tidak wajar syarikat Singapura dihalang daripada menyertai WPI.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.