saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 12/12/2006

Singapura ghairah melabur di Malaysia cetus tanda tanya

SESUATU yang menimbulkan tanda tanya dalam hubungan Malaysia dengan Singapura ialah keghairahan dana-dana pelaburan kerajaan republik itu untuk melabur dalam syarikat atau projek di Malaysia.

Terakhir kedengaran desas-desus Temasik Holdings hendak menyertai projek monorel di Johor dan Ahli Parlimen Johor Baru, Datuk Shahrir Samad telah awal-awal lagi menyatakan tentangan beliau.

Temasek dilaporkan berminat dalam projek monorel itu menerusi syarikat miliknya, SMRT yang mengendalikan sistem tren bawah tanah di republik tersebut.

Seperti yang diketahui, Temasek dan syarikat-syarikat pelaburan milik Kerajaan Singapura dikatakan sudah pun memegang ekuiti dalam beberapa syarikat Malaysia.

Kita semua tahu bahawa pemimpin-pemimpin Singapura tidak pernah memandang tinggi terhadap kepimpinan Malaysia.

Maklumlah mereka berkelulusan kelas satu dari Oxford, Cambridge, Harvard, Yale, Princeton dan universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia.

Pendek kata, Singapura menganggap hanya dirinya mempunyai ‘minda kelas satu’ manakala Malaysia hanya punya ‘minda kelas kedua’.

Ini bermakna segala segi sektor pentadbiran di Malaysia, sama ada sektor awam mahu pun sektor swasta atau sektor korporat adalah berupa sistem pentadbiran kelas kedua atau sederhana dari kaca mata mereka.

Justeru, kenapa Temasik, Keppel dan dana-dana milik kerajaan Singapura sentiasa berminat hendak mencurahkan wangnya ke dalam syarikat-syarikat Malaysia?

Telus

Selalunya pengurus dana pelaburan akan melabur di tempat-tempat yang lebih terjamin di mana pengurusan dan keputusan adalah lebih telus dan bersandarkan naik turun pasaran global.

Di Malaysia, ada yang punya persepsi bahawa naik turun harga saham di Bursa Malaysia bukanlah benar-benar berasaskan sentimen pasaran atau saling pengaruh mempengaruhi dengan Hong Kong dan Tokyo atau Wall Street.

Tidak cukup dengan itu ada pula soal-soal perkauman yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Singapura. Contohnya, Lee Kuan Yew bekas Perdana Menteri yang sekarang bergelar Menteri Mentor, mendakwa Kerajaan Malaysia dan Indonesia meminggirkan rakyat Cina mereka yang katanya, amat rajin bekerja.

Soalnya dengan segala ‘kepincangan’ sistem di Malaysia ini, kenapa kerajaan Singapura masih ghairah hendak melabur di Malaysia? Kita boleh merumuskan pelbagai jawapan untuk soalan ini.

Pertama, ia mungkin disebabkan kesimpulan bahawa berbanding dengan negara-negara jiran lain, pentadbiran dalam sektor korporat di Malaysia adalah jauh lebih baik dan telus ditambah pula dengan pertumbuhan ekonomi lebih 5 peratus.

Kedua, kita patut bimbang Malaysia ‘ditakluki’ menerusi sektor korporat.

Ini memang berlaku ke atas sesetengah negara termasuk beberapa negara Islam yang mana ekonominya banyak dikuasai oleh syarikat-syarikat kepunyaan rakyat Yahudi.

Amerika Syarikat sendiri dikatakan sudah menjadi ‘The New Jerusalem’ di mana hampir kesemua sektor ekonominya terletak di tangan rakyat Yahudi, secara terang-terangan atau menerusi pelbagai syarikat.

Begitu juga sektor industri bola sepak di England yang rata-ratanya dibolot oleh pelabur-pelabur Yahudi dari Amerika Syarikat, Rusia dan Eropah atau rakyat Yahudi British sendiri. Ini tidak disenangi oleh rakyat British bukan Yahudi sendiri.

Apa pun, dalam hubungan dengan Singapura yang dari dulu hingga sekarang masih penuh duri dan onak (umpama nya, soal harga air mentah yang tidak ada akhirnya) mungkin ada baik Malaysia merumuskan satu paradigma berlainan dalam soal hubungan ekonomi dengan Singapura.

Mungkin ada baiknya kalau kedua negara memeterai satu perjanjian di mana dana-dana pelaburan masing-masing tidak melabur di dalam syarikat-syarikat satu sama lain.

Ini disebabkan soal pelaburan ini lebih-lebih lagi oleh dana-dana milik kerajaan adalah sensitif kerana ia juga melibatkan penggabungan atau pemgambilalihan.

Pendek kata, sudah terbukti pembelian ekuiti terbesar oleh Temasek terhadap Pantai Holdings malah pembelian banglo-banglo dan kondo-kondo mewah di Malaysia oleh rakyat Singapura patut dianggap sebagai satu perkara sensitif.

Amerika Syarikat sendiri yang mengamalkan apa yang dikatakan ekonomi bebas, baru-baru ini tidak membenarkan syarikat dari Dubai mengambilalih syarikat pengendalian pelabuhan di negara itu.

Beberapa tahun dulu syarikat pelaburan Kuwait diperintahkan mengurangkan saham miliknya dalam British Petroleum (BP).

Maknanya pembelian strategik dana kerajaan Singapura tidak sama dengan Sony membeli studio Columbia di Hollywood. Itu pun ramai rakyat Amerika tidak suka studio itu dikuasai oleh syarikat Jepun.

Lihat pula pembelian ekuiti besar oleh Temasek ke dalam Shincorp di Thailand yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawarta.

– SAAD HASHIM,

Ampang, Selangor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.