saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/12/2006

Din Beramboi penghibur serba boleh

SUATU ketika dulu pada awal 1990-an, nama Din Beramboi cukup popular. Ramai yang berebut untuk memiliki kaset celoteh Din Beramboi kerana ia memang lucu.

Telatah Din Beramboi yang bercerita tanpa berhenti itu sebenarnya datang daripada idea Meor Ahmad Fuad Meor Badri.

Menurut Meor Ahmad Fuad, 40, yang lebih dikenali sebagai Din Beramboi itu, nama sebenar watak ciptaannya itu ialah Din Beramboi Alai Berjanggut.

Meskipun kaset tersebut laris, namun Din kecewa kerana ada pihak lain yang mengambil kesempatan di atas ideanya.

Namun dia tetap bangga kerana nama tersebut seolah-olah memberi satu sinar baru dalam kerjaya seninya.

“Sebenarnya saya buat rakaman Din Beramboi itu secara santai dengan menggunakan alat perakam biasa. Kemudian saya minta tolong kawan uruskan rakaman tersebut supaya menjadi lebih cantik. Tahu-tahu cerita Din Beramboi ciptaan saya itu sudah tersebar luas,” katanya mengimbas semula bagaimana ideanya telah diciplak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Bila diminta bercerita lebih lanjut tentang idea asalnya itu, Din berkata biarlah ia menjadi lipatan sejarah kerana dia tidak mahu mengenang kisah lama.

Namun sebagai ganti duka, dia sempat menghasilkan album celoteh bersama Aznil Nawawi berjudul Sawancara Aznil Dengan Din. Album yang diterbitkan pada tahun 2000 oleh Kirabagus diedarkan oleh PonyCanyon. Selepas itu pada 2002, dia tampil dengan album Din Beramboi Cari Makan yang memuatkan lagu dan sketsa terbitan Broadway.

Menariknya tentang perwatakan Din Beramboi ini, dia mampu menggayakan atau meniru pelbagai suara.

“Selama ini saya tidak pernah terfikir yang suatu hari saya akan jadi seperti sekarang. Semua itu anugerah daripada Allah. Begitu juga dengan kebolehan meniru pelbagai gaya suara. Selagi Dia memberi saya kelebihan itu, saya akan guna dengan sebaik mungkin,” kata Din yang banyak membuat suara latar (voice over) untuk pelbagai komersial.

Suara latar

Dia yang meminati Sohaimi Meor Hassan itu mula membuat suara latar sejak bergelar penyampai di stesen radio THR pada 1996. Sewaktu bertugas di stesen radio tersebut, Din popular dengan program Ronda-Ronda.

Selain itu, Din sempat bergelar penyampai di stesen radio Wanita Fm selama empat bulan sahaja.

Din yang pernah melukis karikatur untuk majalah Din Beramboi (terbitan lapan isu sahaja) itu juga pernah bekerja di agensi pengiklanan.

“Kesempatan bekerja di syarikat penerbitan dan pengiklanan membantu saya untuk mengenali ramai orang dan yang pasti ia banyak membantu saya sepanjang membabitkan diri dalam bidang seni ini,” katanya yang tidak gemar merancang masa depan.

Ayah kepada Nil Aina Adibah, 15, Meor Shafiq Ar-Ridhwan, 8, dan Nir Ain Syuhada, 2, serta suami kepada Suhaini Che Man itu turut aktif berlakon.

Wajahnya dapat ditonton setiap hari Ahad, pukul 11 pagi menerusi drama Afi Dan Abah dengan watak Pak Rahim yang disiarkan di saluran Astro Ceria.

Kata Din, sejak membabitkan diri dalam bidang lakonan, dia sering diberi watak komedi. Sedangkan dia juga mampu melakonkan watak serius hingga menimbulkan kebencian penonton. Contohnya, kemunculan Din sebagai bapa Ning Baizura dalam klip video Awan Yang Terpilu yang terpilih sebagai video muzik terbaik , pada tahun lalu.

“Saya menjalani uji bakat untuk membawakan watak sebagai bapa Ning. Ternyata pengarah Virginia Kennedy berani dan yakin saya boleh bawa watak serius. Sebenarnya saya pun teringin nak bawa watak jahat atau gila, tapi sehingga kini belum berpeluang, “katanya yang turut membuat stand-up comedy.

Din yang lebih senang melabelkan dirinya sebagai penghibur itu turut berlakon dalam filem Los & Fauna, Sumo-Lah, Buli, Baik Punya Cilok serta Kelibat (VCD).

Jelas Din, dia sering menerima tawaran berlakon di bawah arahan Afdlin Shauki atau berlakon bersama pengarah itu kerana cara mereka berlawak hampir serupa.

“Lawak semua sama sahaja tapi terpulang kepada kita untuk menyampaikannya. Orang sekarang tidak lagi suka lawak bodoh. Untuk berlawak bukannya mudah seperti yang kita lihat,” katanya terus terang.

Satu lagi kebolehan Din ialah menjadi pengacara televisyen.

Setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat pada pukul 12.30 pagi menerusi TV3 kita akan melihat Din Beramboi berceloteh bersama Shahira menerusi program Insomnia secara langsung.

“Saya dan Shahira tidak memerlukan skrip untuk mengendalikan program interaktif itu. Kami bercakap secara spontan mengikut tema yang diberikan pada malam tersebut,”katanya yang turut dipilih sebagai hos untuk program Wakanabe musim baru bersama Radhi OAG.

Dia yang berasal dari Sungai Besi, Kuala Lumpur itu juga diberi peluang untuk mengarah, menulis skrip dan berlakon dalam sebuah sitkom yang dijangka memulakan rakaman pada awal tahun depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.