saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/12/2006

Pergolakan berterusan parti politik Sarawak

POLITIK Sarawak mungkin boleh dilabel sebagai yang paling kerap bergolak, walaupun tidak terlalu panas, tetapi ia tidak pernah reda yang kebanyakannya melibatkan parti pemerintah atau parti komponen Barisan Nasional (BN).

Terbaru melibatkan parti tertua di Sarawak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyaksikan Presiden SUPP, Dr. George Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak nyaris tersingkir. Semuanya gara-gara Chan dituduh oleh timbalannya, Law Hieng Ding sebagai mungkir janji setelah menarik balik keputusan untuk meletakkan jawatan pada tahun 2008, sebaliknya beliau mahu mempertahankan jawatan itu dan menyerahkan kepada ahli parti menentukan kedudukannya.

Ekoran itu Hieng Ding dan para penyokongnya iaitu Timbalan Setiausaha Agung SUPP, Wong Soon Koh dan Dr. Jerip Susil secara terbuka mahu mengemukakan undi tidak percaya terhadap Chan pada persidangan perwakilan pada hujung minggu lalu dan mahu beliau meletakkan jawatan.

Jika usul itu diterima, sebanyak 550 orang delegasi dari kesemua 35 cawangan SUPP di seluruh negeri akan mengundi bagi menentukan masa depan Chan di dalam SUPP. Sejak Chan mengambil alih kepimpinan SUPP pada 1997, ini merupakan krisis kepimpinan terburuk parti yang mewakili kaum Cina di Sarawak.

Undi tidak percaya itu juga dikaitkan dengan kekalahan teruk calon-calon parti itu pada pilihan raya negeri 20 Mei lalu apabila kalah lapan daripada 19 kerusi negeri yang ditandinginya di kawasan majoriti pengundi Cina sekitar Kuching, Sibu dan Bintulu. Bagaimanapun sehari sebelum mesyuarat perwakilan dijalankan, Chan yang melihat sokongan semakin kuat berpihak kepada kumpulan Hieng Ding akhirnya mengalah dan menandatangani perjanjian bahawa beliau akan meletakkan jawatan pada 2008.

Walaupun Chan dan Hieng Ding masih enggan berjabat tangan sebagai tanda perdamaian, tindakan Chan sudah cukup untuk meredakan dan sekali gus menghentikan pertelagahan itu.

Budaya

Bagaimanapun ia tidak bermakna berakhirnya episod pergolakan politik Sarawak, kerana Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang ditubuhkan selepas berkuburnya Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dua tahun lalu pula meneruskan adegan pertelingkahan merebut jawatan presiden iaitu budaya yang diwarisi daripada PBDS.

PBDS berkubur kerana masalah yang sama iaitu James Masing menentang Presiden PBDS pada masa itu, Daniel Tajem. Masing bertindak mengadakan persidangan perwakilannya sendiri dan dilantik menjadi Presiden PBDS dan Tajem turut mengadakan persidangan berasingan dan dilantik sebagai Presiden PBDS.

Setelah kedua-dua kumpulan bertelagah gagal menyelesaikan krisis kepimpinan itu akhirnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) memutuskan membatalkan pendaftaran PBDS. Ekoran itu Masing menubuhkan PRS dan dilantik sebagai Presiden, manakala sekutu kuatnya Sng Chee Hua dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Bagaimanapun parti yang baru berusia dua tahun itu turut terseret ke dalam kancah yang sama apabila Masing merasakan pengaruhnya di dalam parti semakin terhakis kerana pengaruh Chee Hua, bertindak memecat para pemimpin parti berkenaan yang berpihak kepada kawan yang bertukar kepada lawannya itu.

Pada 2 Disember lalu Masing mengadakan persidangan perwakilannya di Sibu dan beliau dilantik sebagai Presiden, manakala Chee Hua dan kumpulannya pula sedang merancang untuk mengadakan persidangan perwakilan sendiri pada 29 dan 30 Mac 2007. PRS juga telah menerima surat tunjuk sebab daripada ROS pada 7 September lalu dan mahukan penjelasan kepada krisis kepimpinan yang berlaku.

Dalam hal ini tonggak BN Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah mengambil langkah pencegahan daripada berlaku krisis dalaman parti apabila memutuskan persidangan perwakilan yang bakal diadakan pada Februari 2007 tidak akan mempertandingkan semua jawatan tertinggi parti.

Hanya jawatan ahli majlis tertinggi sahaja akan dipertandingkan dan ini bagi mengelakkan berlaku perpecahan di dalam parti serta jalan yang paling berkesan untuk menyelamatkan parti itu daripada terseret ke dalam kancah perpecahan. Ini adalah kerana riak-riak perpecahan dan pertelagahan semakin jelas kelihatan.

Baru-baru ini juga isu yang telah lama senyap iaitu kemasukan UMNO ke Sarawak tiba-tiba muncul semula apabila sekumpulan 14 orang telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak.

Kumpulan itu mendakwa UMNO merupakan jalan penyelesaian kepada krisis berterusan parti-parti komponen BN Sarawak. Bagaimanapun bagi para pemimpin Sarawak, terutama daripada PBB walaupun tidak menolak kemasukan UMNO ke Bumi Kenyalang, tetapi mereka mahu ia dilakukan dengan cara berhemah.

Mereka yakin jika UMNO mahu masuk ke Sarawak, parti itu tidak perlu menggunakan ‘pintu belakang’ tetapi mereka boleh masuk mengikut ‘pintu hadapan’ dan diberi sambutan sewajarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.