saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 18/12/2006

Zainuddin sokong kes khalwat tidak diperbesarkan

SUNGAI PETANI 17 Dis. – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin menyokong gesaan supaya kes khalwat tidak diperbesarkan dalam akhbar kerana ia hanya memalukan mereka yang ditangkap selain bukan merupakan jalan yang berkesan untuk mendidik umat Islam supaya menjauhi maksiat.

Zainuddin yang mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bahawa kes tangkap khalwat tidak perlu diperbesarkan, berkata beliau sendiri tidak bersetuju terhadap tindakan mendedahkan kes tangkap khalwat dalam akhbar termasuk menyiarkan gambar pasangan yang ditahan.

“Tindakan membetulkan akhlak seseorang tidak boleh dilakukan dengan mengaibkan orang berkenaan, tetapi ia harus dilakukan dengan cara berhemah dan pendidikan,” katanya.

Beliau juga bimbang akhbar tidak dapat berlaku adil dalam membuat laporan kes tangkap khalwat itu.

“Ketidakadilan mungkin berlaku. Katakan yang kena tangkap itu orang biasa, surat khabar siarkan beritanya, tetapi apabila yang kena tangkap itu anak orang berkedudukan, akhbar tidak siarkan berita itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar ‘Merbok-Prospek dan Potensi Pelancongan’ di sini, hari ini.

Zainuddin juga berkata, alim ulama juga harus melihat perkara yang lebih besar daripada ‘seronok’ menahan orang berkhalwat.

Banyak lagi perkara besar yang berlaku di depan mata yang perlu dibendung bersama oleh alim ulama seperti kes ragut, rompak, mat rempit dan penagihan dadah, katanya.

Mengenai Anugerah Filem Pendek (AFP) 2006 yang ditutup penyertaan pada 11 Disember lalu, Zainuddin berkata, penganjur menerima 227 penyertaan dalam enam kategori.

Katanya, daripada jumlah itu, 24 merupakan penyertaan untuk kategori jenaka pendek, dokumentari (42), animasi (39), eksperimental (37), iklan (45) dan khidmat awam 40 penyertaan.

“Paling membanggakan, penyertaan daripada kaum Cina yang menghantar 88 penyertaan, sekaligus membuktikan RTM mempunyai penonton yang ramai dalam kalangan masyarakat Cina,” katanya.

Penjurian AFP dilakukan menerusi dua peringkat iaitu penjurian awal dari 18 hingga 20 Disember manakala penjurian akhir untuk memilih pemenang akan diadakan pada 23 Disember hingga 7 Januari depan.

Sepuluh penyertaan peringkat akhir dalam enam kategori itu akan mula ditayangkan di RTM mulai 1 Januari depan, sementara malam anugerah AFP berlangsung pada 27 Januari yang akan disiarkan secara langsung di RTM.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.