saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/12/2006

Kabinet lulus projek kereta api laju Kuala Lumpur - Kuantan

KUANTAN 19 Dis. – Kabinet meluluskan projek kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan bagi meningkatkan pelaburan dan industri pelancongan di Pantai Timur Semenanjung.

Perkhidmatan kereta api sepanjang 246 kilometer itu akan mengambil masa antara sejam hingga sejam setengah.

Kereta api itu boleh mencapai kelajuan 120 kilometer hingga 150 kilometer sejam.

Ia akan bermula di KL Sentral sebelum berakhir di sebuah pusat perhentian kereta api baru yang dikenali sebagai Kuantan Sentral, di sini.

Kereta api berkelajuan tinggi berkenaan hanya akan berhenti di satu tempat transit iaitu di Mentakab.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah 1, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kamalruddin Shamsuddin, projek jajaran kereta api itu adalah sebahagian daripada Rancangan Fizikal Negara yang diluluskan Kabinet pada mesyuaratnya Ogos lalu.

Selepas Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), penduduk di kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur akan mempunyai satu lagi kemudahan pengangkutan selesa apabila projek kereta api berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur-Kuantan itu menjadi kenyataan.

‘‘Selain menyediakan kemudahan pengangkutan yang cekap, jajaran itu apabila siap juga akan meningkatkan potensi pelaburan dan industri pelancongan negara,’’ katanya.

Menurutnya, kereta api berkelajuan tinggi itu kelak bukan sahaja akan digunakan untuk mengangkut penumpang, tetapi turut mengangkut pelbagai jenis barangan.

“Menurut Rancangan Fizikal Negara, satu jajaran kereta api berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur-Kuantan telah dicadangkan.

“Dengan adanya perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo ini, tahap kemudahsampaian dan tempoh perjalanan penduduk, pelancong dan pelabur akan dapat dipendekkan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa perasmian Publisiti dan Pameran Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuantan 2003- 2015 yang dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Hoh Khai Mun negeri dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Muhammad Safian Ismail.

Kamalruddin bagaimanapun tidak menyatakan secara lanjut bila projek berkenaan akan mula dibina dan kos yang terlibat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Muhammad Safian Ismail pula berkata, pembinaan projek itu dijangka dimulakan pada 2012 dan ia dijadual siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang 2015.

Beliau berkata, projek berkenaan akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaaan Persekutuan.

Sementara itu, mengenai draf rancangan daerah Kuantan, Kamalruddin berkata, ia akan dilakukan secara bersepadu berdasarkan empat teras utama.

“Keempat-empat teras itu ialah pembangunan perbandaran yang dinamik dan menarik; pengukuhan ekonomi bandar; peningkatan kualiti hidup penduduk dan pewujudan sistem pergerakan yang bersepadu," katanya.

Penyediaan rancangan tempatan itu, kata beliau, mengambil kira tiga aspek utama iaitu selain jajaran kereta api berkelajuan tinggi, ia juga bertujuan menjadikan Kuantan sebagai pusat utama bagi Wilayah Pantai Timur dan pemuliharaan kawasan sensitif alam sekitar.

Kata beliau, pembangunan itu akan turut meliputi bandar Chukai di Terengganu di bahagian utara dan bandar Pekan di bahagian selatan.

"Rancangan tempatan daerah Kuantan akan merealisasikan Kuantan menjadi sebuah pusat metropolis yang sejahtera dan teras pembangunan Wilayah Timur serta memastikan kemapanan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar bagi generasi akan datang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.