saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 20/12/2006

Malaysia bebas jalin hubungan mana-mana negara


Abdullah Ahmad Badawi disambut oleh Hugo Chavez ketika tiba pada majlis makan malam di Miraflores, Caracas, semalam. – Bernama.


CARACAS 19 Dis. – Hubungan Malaysia yang semakin rapat dengan Venezuela yang mengamalkan sistem sosialis dan dipimpin pula oleh Presiden Hugo Chavez yang merupakan seorang penentang Amerika Syarikat adalah bukti kebebasan dan kedaulatan Malaysia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri menegaskan, Malaysia mempunyai kebebasan untuk menjalin hubungan dengan mana-mana negara lain yang merdeka, berdaulat dan menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

‘‘Itulah yang menjadi fakta penting kepada kita. Apabila kita wujudkan hubungan dengan Venezuela, ia tidak bermakna kita memperkecilkan dan menurunkan kerjasama kita dengan negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat.

‘‘Kita teruskan kerjasama dengan negara-negara yang kita pilih hendak bekerjasama. Kita bersedia meneruskan kerjasama yang lebih hebat dan luas lagi dengan mana-mana negara yang kita pilih,’’ kata Abdullah kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

Beliau diminta mengulas imej berhaluan kiri Presiden Chavez yang tidak disenangi Amerika Syarikat. Presiden Venezuela itu pernah menyifatkan Presiden George W. Bush sebagai ‘syaitan’ dan sentiasa mengamalkan sikap konfrontasi dalam hubungan Venezuela dengan Washington.

Perdana Menteri berkata, setiap negara yang berdaulat ada sistem masing-masing.

‘‘Kita bukan hendak mengajar mereka mengikut sistem kita. Kalau mereka (Venezuela) pilih sistem yang dianggap sebagai sosialisme, kita dengan mereka tidak bergaduh.

‘‘Kita dengan mereka hendak bekerjasama dalam hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi dan pembangunan. Ia samalah juga seperti kita berpakat dalam hal ekonomi dengan negara lain termasuk negara komunis,’’ katanya.

Tegasnya, dalam ASEAN pun ada perbezaan sistem pemerintahan dan Malaysia tidak ada masalah untuk menjalin kerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN.

‘‘Dalam hubungan itu, kita pastikan peranan kita tidak mengganggu hal ehwal dalaman sesebuah negara dan mereka juga tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara kita,’’ ujar Perdana Menteri yang sedang mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke negara ini bermula Ahad lalu.

Menurut beberapa diplomat Malaysia yang berada di Caracas, ada pegawai Amerika Syarikat menghubungi Wisma Putra ‘bertanyakan’ tujuan lawatan Abdullah ke sini.

Tegas Abdullah: ‘‘Presiden Chavez mendapat sokongan yang begitu kukuh, teguh dan besar dalam pilihan raya pada 3 Disember lalu. Beliau hendak bekerjasama dengan kita; bukan beliau hendak kita akui dan terima dasar sosialismenya.’’

Perdana Menteri menambah: ‘‘Di Malaysia, kita tidak ada ideologi tertentu seperti di negara ini. Apa yang kita pegang kuat seperti prinsip Rukun Negara adalah tidak sama dengan mereka.

‘‘Yang kita hendak ialah kemudahan dan sumber bersama yang boleh kita eksploitasi sebaik-baiknya bagi kemajuan ekonomi kedua-dua negara. Atas dasar itu kita bekerjasama.’’

– Utusan

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.