saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/12/2006

Radhi Khalid pernah jadi penari Maya Studio

Bagi penonton televisyen, Radhi Khalid, 42, cukup dikenali sebagai Abdulla, watak seorang pekerja asing dari Bangladesh yang dilakonkannya dalam sitkom TV, Spanar Jaya.

Watak yang diberikan kepadanya sejak tahun 2000 itu ternyata telah memberi tanggapan kepada ramai orang, bahawa hanya watak itulah saja yang sesuai untuknya.

Namun persepsi itu berjaya diubah oleh pengarah Raja Ahmad Alauddin apabila Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhieddeen Abdul Khalid yang berasal dari Pulau Mutiara itu diberikan watak sebagai Sadeq dalam filem Qaisy & Laila.

Ternyata lakonan Radhi itu mendapat pengiktirafan apabila dia diberi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-18 pada tahun 2005.

Tidak mudah sebenarnya Radhi melalui dunia seninya. Sebelum pengiktirafan diterimanya, dia sudah melalui perjalanan yang jauh.

Meninggalkan kampungnya pada tahun 1985, Radhi datang ke Kuala Lumpur untuk menjadi pelakon.

“Saya ingat mudah nak jadi pelakon. Rupa-rupanya susah. Di Kuala Lumpur, saya terpaksa bekerja sebagai pelayan dan bar tender di beberapa buah restoran selama empat tahun,’’ ceritanya.

Dalam pada itu, Radhi cuba-cuba juga mencari ruang untuk meneruskan minat lakonannya. Dia kemudian pergi uji bakat untuk menjadi salah seorang anggota kumpulan Maya Studio yang dikelolakan oleh Jaafar Onn.

Semasa menyertai Maya Studio, Radhi sering mengadakan persembahan tarian untuk siaran TV atau menjadi model pengantin bila Maya Studio diundang mengadakan pameran pengantin.

“Banyak yang saya belajar di sana. Jadi model serta penari tarian moden dan asli,” akui Radhi menceritakan pengalaman silamnya.

Di sebalik keseronokannya itu, Radhi masih tidak lupakan keinginannya untuk jadi pelakon.

Anak saudara kepada Allahyarham Datuk Ahmad Daud ini kemudian memohon pekerjaan di Nizarman (M) Sdn. Bhd.

Harapannya mahu jadi kerani di syarikat itu. Bagaimanapun dia diberi jawatan Pengurus Produksi.

Namun peluangnya terbentang luas apabila ditawarkan watak utama drama Jalan Lain Ke Mekah bersama Wafa Abdul Kadir. Dia kemudian diberi kepercayaan oleh Nizarman menjadi pembantu pengarah dan pelakon drama bersiri IQ Genius yang mendapat sambutan hangat di kalangan kanak-kanak.

Sejak itu, Radhi tidak berhenti berlakon.

Anak ke-12 daripada 22 beradik itu berkata dalam keluarganya hanya dia seorang sahaja aktif dalam bidang seni.

Radhi yang mempunyai darah campuran Pakistan sebelah ibu dan Arab bagi pihak bapanya itu juga sudah 12 tahun aktif menjalani rakaman untuk drama radio dan pernah meminjamkan suaranya untuk watak-watak dalam cerita TV dan filem seperti Kampung Boy, Muhammad Utusan Terakhir, Sutera Putih, XX Ray dan Soalnya Siapa.

“Selagi ia berkaitan dengan seni dan tidak menyusahkan jadual kerja, saya tidak pernah menolak. Itu semua rezeki dan setiap yang dilakukan memberi pengalaman berbeza,’’ katanya yang masih mencari teman wanita sebagai suri hidup.

Drama-drama lain yang pernah dilakonkan Radhi ialah Nur Penyuluh Alam (1996), Mat Nor Khusairy and The Velvet Boy, Pinang Durian (Drama Terbaik Anugerah Skrin 2002), Good Morning Cikgu, Semarai, Pahlawan Rimba Malaya dan Jalan Lain Ke Mekah.

Setakat ini Radhi yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Penang Free, Pulau Pinang itu telah berlakon filem Selubung, Pasrah, Puteri Gunung Ledang, City Sharks (Singapura) dan Sumo-Lah.

Kata Radhi, setelah menimba pengalaman sebagai Pengurus Produksi dan pelakon, dia ingin melebarkan bakatnya sebagai pengarah pula.

Untuk permulaan dia ingin mengarah filem Raju Raja, idea asal Sabri Yunus yang diolahnya sendiri.

“Idea semua sudah ada, saya sedang mencari penulis skrip dan pengasas syarikat yang sudi merealisasikan hasrat saya itu. Ceritanya mudah sahaja iaitu tentang masyarakat Melayu kampung.

“Saya ini jenis old fesyen sikit sebab suka cerita yang berkaitan kasih sayang kerana saya rasa plot begitu mudah mendapat perhatian ramai,” kata Radhi yang gemar menonton filem Tamil.

Untuk filem itu, Radhi bercadang mengundang seorang pelakon popular filem Tamil sebagai daya penarik bagi penonton kaum India.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.