saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/12/2006

Bakal dominasi anugerah Gubra, Sepet dan Episod Terakhir?

DEBARAN Anugerah Skrin Ke-8 (AS8) sudah sampai kemuncaknya. Malam ini terjawablah segala persoalan yang bermain di minda peminat seni sejak seminggu lalu.

Karyawan seni tanah air mahupun peminat sendiri berteka-teki siapakah yang bakal merangkul gelaran terbaik melalui 21 anugerah yang dipertandingkan.

Sebanyak 31 buah filem dan 14 buah drama telah berjaya tercalon dalam AS8 kali ini. Barangkali jika pihak penganjur mengumumkan senarai lima calon akhir, akan memudahkan lagi orang ramai membuat ramalan sendiri. Sekadar menghangatkan suasana, MEGA ingin berkongsi ramalan untuk beberapa kategori utama dalam AS8 ini.

*Filem Terbaik

Jika dilihat pada senarai, Sepet dan Gubra dilihat sebagai calon utama yang bakal memenangi anugerah ini. Ia berdasarkan kejayaan kedua-dua filem ini yang pernah memenangi anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-18 dan ke-19. Namun, jangan pandang sebelah mata filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam 2 (PHSM 2), Buli Balik dan Qaisy & Laila yang mampu menarik perhatian juri berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.

*Pengarah Filem Terbaik

Hanya tiga nama yang disebut-sebut akan naik ke pentas kali ini untuk membawa pulang gelaran yang menjadi idaman setiap pengarah filem iaitu Yasmin Ahmad, Shuhaimi Baba dan Afdlin Shauki.

*Pelakon Filem Lelaki Terbaik

Mampukah lakonan Afdlin Shauki dalam Buli Balik mengulangi kejayaannya dalam FFM 19 menerusi AS8 kali ini? Namun antara calon lain yang bakal memberikan saingan hebat kepada Afdlin adalah Rusdi Ramli (PHSM 2) dan Hans Isaac (Persona Non Grata).

*Pelakon Filem Wanita Terbaik

Kalau Sharifah Amani menang lagi menerusi filem Sepet atau Gubra, tolonglah jangan buat kontroversi lagi! Bukankah lebih manis memberi ucapan dalam bahasa Melayu? Tapi kalau Maya Karin atau Nur Fazura menang pun, okey juga!

*Drama Terbaik

Agak sukar untuk meramalkan siapa yang akan menang tetapi berdasarkan pemerhatian, drama-drama seperti Episod Terakhir, Seberat Zarah dan Hari-Hari Terakhir Seorang Perempuan (HHTSP) yang pernah memenangi Drama Terbaik pada Anugerah Sri Angkasa (ASA), April lalu mampu memberikan saingan.

*Pengarah Drama Terbaik

Siapa tahu, mungkin kali ini rezeki memihak kepada Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo yang mengarahkan drama Episod Terakhir. Namun Jurey Latiff Rosli menerusi drama HHTSP pula jangan dilupakan kerana dia pernah memenangi Pengarah Drama Terbaik pada ASA. Kemampuan Rashid Sibir juga menyerlah menerusi drama Nur Di Pintu Syurga.

*Pelakon Drama Lelaki Terbaik

Pelakon versatil, Eman Manan antara nama yang disebut-sebut bakal membawa pulang anugerah ini berdasarkan lakonan cemerlangnya dalam drama Episod Terakhir. Wataknya yang berkesan sebagai suami pendera mampu memikat juri. Dua nama lain yang bakal memberikan saingan adalah Shahronizam Noor dalam drama HHTSP dan Jalil Hamid menerusi drama Nur Di Pintu Syurga.

*Pelakon Drama Wanita Terbaik

Sheila Rusly, Ellie Suriaty dan Safura menjadi pilihan MEGA berdasarkan watak yang dipegang mereka dalam drama-drama Episod Terakhir, Nur Di Pintu Syurga dan HHTSP. Mampukah Safura mengulangi kejayaannya dalam ASA yang lalu? Apa pun jangan ketepikan Catriona Ross dalam drama Korban Kala.

*Drama Bersiri Terbaik

Drama-drama bersiri seperti Mya Zara, Natasha, Salina, Raffelsia dan Gol & Gincu mampu memberikan saingan sengit untuk membawa pulang anugerah ini. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri dan hanya juri yang bijaksana mampu menilai manakah yang terbaik.

*Drama Komedi Bersiri

Hanya terdapat lima pencalonan sahaja untuk kategori ini iaitu Puteri, Dunia Anita, Gila-Gila Pengantin, Mat Dom Teksi dan KB Sentral. Jika diambil faktor populariti dan rating, mungkin Puteri boleh memenanginya.

Kategori Yang Dicalonkan

Kategori Drama, Drama

Bersiri dan Drama Komedi Bersiri

1. Drama Terbaik

2. Pelakon Lelaki Terbaik

3. Pelakon Wanita Terbaik

4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

6. Pengarah Terbaik

7. Skrip Terbaik

8. Drama Bersiri Terbaik

9. Drama Komedi Terbaik

Kategori Filem

10. Filem Terbaik

11. Pelakon Lelaki Terbaik

12. Pelakon Wanita Terbaik

13. Pengarah Terbaik

14. Lakon Layar Terbaik

15. Sinema Alternatif Filem

Kategori Penerbitan

Dalaman

16. Dokumentari atau Majalah Terbaik

17. Bual Bicara Terbaik

18. Rancangan Muzik Terbaik

19. Rancangan Hiburan (Bukan Muzik) Terbaik

20. Realiti Terbaik

21. Laporan Khas Terbaik

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.