saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/12/2006

70 mat rempit beraksi waktu solat Jumaat ditahan


SEKUMPULAN mat rempit ditahan polis di Alor Star, semalam.


ALOR STAR 22 Dis. – Seramai 70 mat rempit yang sebahagiannya berbaju Melayu dan berkopiah ditahan kerana membuat bising serta menunggang motosikal secara berbahaya sewaktu umat Islam sedang bersolat Jumaat, di sini hari ini.

Kesemua mereka termasuk seorang pelajar darjah lima ditahan dalam operasi polis di Taman Rekreasi Hutan Rimba, kira-kira 400 meter dari Masjid Sultanah Bahiyah di sini.

Disebabkan terlalu ramai hingga tidak muat diisi ke dalam trak, kesemua mereka diminta menolak motosikal masing-masing sejauh lima kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Trafik Kota Star.

Malah, ada antara mereka yang mengalami kecederaan selepas cuba melarikan diri daripada kepungan pihak berkuasa.

Menurut jurucakap polis, operasi itu dilakukan oleh 30 anggota ekoran kegiatan mat rempit yang semakin melampau di kawasan berkenaan. Ia telah mengganggu ketenteraman penduduk sekitar termasuk para jemaah yang mengerjakan solat Jumaat.

Jelasnya, antara kesalahan yang dikesan dilakukan oleh kumpulan mat rempit berkenaan ialah melibatkan kes ketiadaan lesen memandu, mengubahsuai nombor pendaftaran dan enjin motosikal masing-masing.

“Kumpulan yang ditahan ini juga diarahkan menjalani ujian air kencing bagi menentukan sama ada mereka terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, selepas dikenakan saman mengikut kesalahan yang dilakukan, kumpulan remaja itu akan dibebaskan tetapi motosikal mereka ditahan sementara dan pemilik perlu mengemukakan geran untuk memperolehnya semula.

Menurutnya lagi, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan yang berbahaya dan menyusahkan orang ramai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.