saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 24/12/2006

Kurang fikir terhadap kurang upaya

Di mana kedudukan orang kurang upaya (OKU) dalam masyarakat kita? Persoalan ini timbul kalau anda salah seorang pengguna pengangkutan awam khususnya di Kuala Lumpur. Kita yang normal mungkin tidak pernah terfikir tentang kehidupan OKU.

Tetapi hakikatnya OKU bukanlah orang sakit yang hanya ditempatkan di rumah saja. OKU hanya kurang upaya dan masyarakat wajib untuk mengambil kira keperluan mereka bersosial seperti orang biasa.

Bagaimanapun pengangkutan awam kita misalnya bukanlah untuk OKU. Banyak premis awam di negara ini juga bukan untuk OKU. Jadi di mana kehidupan untuk OKU terutama dalam masyarakat yang dilabelkan sebagai “penyayang’’?

Apakah kerana OKU itu minoriti dalam masyarakat kita, maka secara demokrasinya keperluan mereka tidak diendahkan? Prinsip demokrasi ialah memberikan keutamaan yang majoriti dan selebihnya barulah minoriti.

Untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat terhadap OKU tidak perlulah diadakan satu undang-undang. Kesedaran harus dengan sendirinya tercetus kerana OKU adalah sebahagian anggota masyarakat. Mereka mempunyai hak untuk hidup seperti orang biasa sekalipun ada sedikit kesulitan.

Pengangkutan bas di Kuala Lumpur bukan untuk OKU. Kalau di luar negara misalnya Eropah OKU dengan mudah keluar membeli-belah menggunakan pengangkutan awam. Ini kerana bas-bas di sana mempunyai peralatan khusus untuk OKU yang berkerusi roda.

Tetapi di Kuala Lumpur pemilik pengangkutan awam tidak ada kesedaran itu. Dengan bas yang tidak ada peralatan untuk OKU, LRT yang semuanya menggunakan tangga dan kerenah pemandu teksi yang keberatan mengambil penumpang OKU dengan jelas memperlihatkan kesedaran sivik kita semua.

Baru-baru ini Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menganjurkan persidangan yang membincangkan keperluan OKU. Inisiatif kementerian ini sebenarnya sangat dialu-alukan kerana tanpa usaha yang seperti ini, kita semua akan dilihat sebagai mendiskriminasikan OKU.

Persidangan yang bertemakan Akses Kehidupan Sebenar sempena Hari OKU Kebangsaan 2006 itu memerlukan kesinambungan. Usaha membela kehidupan OKU dari segi prasarana tidak harus terhenti di situ saja.

Menteri KPWKM, Datuk Seri Shahrizat Jalil kelihatan memberikan perhatian yang serius dalam usaha membela OKU. Shahrizat mesti mengubah persepsi masyarakat termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai OKU.

Ketika ini kalau meletakkan diri kita sebagai keluarga OKU, perkara utama yang dilakukan ialah meninjau sama ada premis yang hendak dituju mempunyai akses untuk kerusi roda atau tidak. Ini kerana tidak banyak premis yang menyediakan laluan untuk kemudahan berkerusi roda.

Di tempat meletak kereta pula, petak untuk kenderaan yang membawa OKU hanya sekadar syarat. Bayangkan hanya dua atau tiga petak saja dan itu pun akan digunakan oleh orang biasa yang tidak mempunyai kesedaran sivik.

Masyarakat jangan salah faham, OKU bukanlah menuntut kemudahan yang bukan-bukan daripada tuan punya premis atau arkitek yang membina premis itu. OKU hanya menuntut sedikit kemudahan untuk mereka hidup seperti orang lain.

Golongan ini tentu sekali tidak membawa sepanduk dan menuntut semua pelan pembangunan bandar dibuat mengikut standard yang tercatat dalam Uniform Building By Laws 1984 atau National Code of Practice.

Standard ini ialah bagi mewujudkan suasana persekitaran tanpa halangan kepada OKU. Jadi yang ditimbulkan di sini bukanlah peraturan kerana semua itu telah wujud. Tetapi persoalannya peraturan tidak diendahkan hingga banyak premis awam tidak menyediakan kemudahan untuk OKU.

Sistem pengangkutan LRT yang moden juga bukan untuk OKU. Apakah ini kerana mereka yang bukan tergolong sebagai “kurang upaya’’ ini “kurang berfikir’’ tentang keperluan hidup satu kelompok yang memerlukan sedikit perhatian?

Kesedaran menjadi begitu genting sehingga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terpaksa menggesa supaya kerajaan menggubal satu akta memastikan OKU menikmati kesaksamaan. Akta itu juga secara tidak langsung melindungi OKU daripada sebarang bentuk penganiayaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Mengikut statistik Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semua negara di dunia secara puratanya mempunyai sekurangkurang satu peratus OKU. Satu peratus memang kecil tetapi kalau satu peratus daripada 25 juta rakyat Malaysia besar juga jumlahnya.

Sementara statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pula mencatatkan negara ini mempunyai 132, 655 OKU yang berdaftar. Ini termasuklah 14,154 cacat penglihatan, 22,728 cacat pendengaran, 45,365 cacat fizikal dan 49,340 menghadapi masalah pembelajaran.

Kepada yang tidak mempunyai keluarga kalangan OKU barangkali tidak begitu terkesan dengan sumbang dan sumbingnya kita menerima OKU sebagai anggota masyarakat. Tetapi yang mempunyai keluarga OKU lebih memahami bagaimana masyarakat seolah- olah menolak kehadiran OKU. Kalau tidak masakan banyak pihak selalu terlupa menyediakan sedikit kemudahan untuk mereka?

– KU SEMAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.