saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/12/2006

Mayat wanita ditemui di ladang sawit

JOHOR BAHRU 25 Dis. – Polis menemui mayat seorang wanita berusia 21 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di Lima Kedai, Gelang Patah di sini hari ini.

Mangsa yang dipercayai adalah mangsa bunuh ditemui oleh sepasukan anggota polis kira-kira pukul 8.45 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, siasatan awal polis tidak menemui sebarang kesan pergelutan pada mayat mangsa.

‘‘Semua wang dan barang-barang milik mangsa masih ada.

“Oleh itu, kami percaya kematian mangsa dalam kes ini bukannya bermotifkan samun,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ruslan, pihaknya percaya mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di ladang kelapa sawit berkenaan.

Katanya lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Rumah Mayat Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini agar menghubungi pegawai penyiasat, DSP Md. Sanawi di talian 07-2212999 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.