saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 28/12/2006

KEGIATAN

PURNAMA pelawa jadi ahli
PUSAT Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA) yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempelawa sarjana, penyelidik, penulis, pelukis, profesional, pustakawan, penggiat dan ibu bapa menjadi ahli Sahabat PURNAMA.

PURNAMA berfungsi sebagai pusat penyelidikan, pendokumentasian, penerbitan, pemasyarakatan dan penggalakan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja.

Sahabat PURNAMA ialah satu program pengembangan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja yang mengumpulkan individu-individu yang komited dengan usaha dan aktiviti untuk mendekatkan kanak-kanak dan remaja dengan buku dan sastera secara terancang.

Faedah menyertai Sahabat PURNAMA ialah dapat berkongsi ilmu, kepakaran, kemahiran dan pengalaman sesama ahli dan khalayak.

Membina hubungan/rangkaian kerjasama profesional dengan individu, kumpulan atau organisasi dalam dan luar negeri.

Mendapat platform untuk mempromosi hasil penyelidikan/karya/bakat dan kebolehan kepada ahli dan khalayak.

Menyertai projek/aktiviti Sahabat PURNAMA dan PURNAMA.

Keahlian adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.

Borang keahlian boleh didapati di Urus Setia, Sahabat PURNAMA, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Jabatan Sastera, Tingkat 21, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.

Pameran Solo Faizal Sidik: Drawing 1996-2006
PAMERAN solo pelukis Faizal Sidik sedang berlangsung di MTDC Multimedia Academy Gallery, UPM-MTDC Technology Incubation Centre1, Lebuh Silikon, Serdang, Selangor hingga 30 Disember ini.

Pameran retrospektif ini menghimpunkan lukisan-lukisan artis-artis kontemporari ini sepanjang tempuh sepuluh tahun dengan media lukisan yang pelbagai seperti pensil, dakwat, arang dan media campuran.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03- 8941 4626

Pameran seni
VALENTINE Willie Fine Art akan mengadakan pameran berkumpulan Headlights 2007 melibatkan pelukis Malaysia dan Asia di Valentine Willie Fine Art, Bangsar Baru, Kuala Lumpur pada 25 Januari hingga 14 Februari 2007.

Antara pelukis terlibat ialah Askandar Unglehrt, Chong Siew Ying, Kow Leong Kiang dan Wong Perng Fey (Malaysia), Mella Jaarsma dan Putu Sutawijaya (Belanda/Indonesia), Geraldine Javier (Filipina), Manit Sriwanichpoom dan Natee Utarit dari Thailand.

Maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2284 2348.

Pameran Digital Print
PAMERAN karya seni cetakan Digital sedang berlangsung di Galleriiizu Sdn. Bhd., Jalan Pinang, Kuala Lumpur hingga 31 Disember ini.

Antara artis terlibat ialah Rafiee Ghani (pelukis), Ramlan Abdullah (skulptur), Oon Soon (pereka), Aya Kato (illustrator), Marvin Chan (neographer), Tian Xing (jurugambar), Rena Phuah (digital artis).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Galleriiizu di talian 03- 2380 1121.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:45



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.