saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/12/2006

ADUN Batu Talam meninggal dunia dalam helikopter


Tengku Paris Tengku Razlan.


KUANTAN 27 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, 66, meninggal dunia sebaik sahaja penerbangan ihsan yang membawanya mendarat di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kelantan pada pukul 6.15 petang ini.

Allahyarham yang menderita penyakit barah paru-paru dan usus sejak setahun lalu sepatutnya diterbangkan ke kediamannya di Taman Shahbandar, Jalan Cheroh, Raub menggunakan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Bagaimanapun, cuaca buruk untuk ke Raub telah menyebabkan beliau terpaksa diterbangkan ke Hospital Gua Musang.

Menurut anak sulungnya, Tengku Saiful Bahri, 43, bapanya yang sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Pakar Kuala Terengganu (HPKT) sejak empat hari lalu mula berada dalam keadaan tenat sejak petang semalam.

‘‘Melihatkan keadaan arwah, kami sekeluarga membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah kami di Raub tetapi sewaktu beliau diterbangkan keadaan cuaca sangat buruk sehingga memaksa helikopter yang membawa bapa saya mendarat di IPD Gua Musang.

‘‘Arwah menghembuskan nafas terakhirnya selepas 2 hingga 3 minit pesawat Nuri mendarat iaitu kira-kira pukul 6.15 petang ini,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.

Tengku Saiful berkata, ibunya, Raja Noraziah Raja Yunan, 64, berada di sisi Allahyarham sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jelasnya lagi, sebelum ini, arwah pernah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan selama tiga hari sebelum dibawa ke Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan alternatif, Homepathy.

Tambah Tengku Saiful, disebabkan bapanya itu memerlukan rawatan pemindahan darah, Allahyarham kemudiannya dimasukkan ke HPKT.

‘‘Bagaimanapun, sewaktu dirawat di hospital tersebut keadaan bapa saya bertambah tenat,” ujarnya.

Tengku Paris memenangi kerusi Batu Talam selama dua penggal sejak tahun 1999 dan pada pilihan raya 2004 lalu, beliau menewaskan calon Pas, Dr. Mohamed Nilam Abdul Manap dengan majoriti 2,761 undi.

Beliau mendapat sebanyak 5,414 undi manakala lawannya pula menerima 2,653 undi.

Allahyarham memperoleh enam cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Raja Noraziah iaitu Tengku Saiful Bahari, Tengku Shahrizan, 36, Tengku Hairul Niza, 33, Tengku Nazatul Shima, 30 dan pasangan kembar, Tengku Ahmad Farid dan Tengku Aziati, 27.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampungnya tengah malam ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Gali, Raub selewat-lewatnya petang esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.