saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/01/2007

Tuah Seed of Darkness

SEJAK 28 Disember lalu, filem seram Seed of Darkness sudah menyerang pawagam tanah air. Ia merupakan filem seram Cina tempatan pertama dipilih oleh Columbia TriStar untuk diedarkan ke pawagam.

Menoleh sejarah, Columbia TriStar merupakan syarikat pengedar filem antarabangsa yang hanya tampil mengedarkan filem-filem hebat seperti Spider-Man 2, The Da Vinci Code, Casino Royale dan Kungfu Hustle.

Persoalannya, hebat sangatkah Seed of Darkness, arahan pengarah muda Michael Chuah yang diterbitkan oleh Oliver Lee dengan kos RM1 juta itu sehingga menjadi filem edaran Columbia TriStar?

Menjawab soalan itu, kata Michael: “Inilah yang dikatakan tuah dan bernasib baik. Sebenarnya ketika mencari syarikat pengedar, kami memang mengharapkan Columbia TriStar bersedia memberikan kerjasamanya.

“Kalaulah kami gagal menarik perhatian Columbia TriStar, bererti kami menghadapi masalah untuk mencari syarikat pengedar lain kerana filem ini tidak mengikut syarat wajib tayang FINAS,” akui Michael.

Menurutnya, Seed of Darkness langsung tidak mempunyai dialog bahasa Melayu seperti yang diwajibkan FINAS.

Lebih membuat Michael gembira apabila syarikat pengedar itu turut berjanji untuk mengusahakan tayangan filem tersebut ke luar negara.

“Filem yang menggunakan bahasa Mandarin dan Kantonis itu akan dibawa Columbia TriStar ke Singapura dan Thailand selepas ia ditayangkan di Malaysia dan Brunei,” kata Michael yang berkelulusan perakaunan dari Universiti Monash di Sunway College, Subang ini.

Seed of Darkness memulakan penggambaran pada Disember 2005 dan siap sepenuhnya pada Mac tahun lalu. Bagi menjayakan pembikinannya, kata Michael, dia terpaksa menggunakan modal sendiri untuk menanggung sebahagian kos filem itu.

“Filem ini bukan cerita biasa. Ia filem seram yang mengisahkan komuniti Cina. Filem begini amat kurang dihasilkan,” kata Michael menceritakan kekuatan Seed of Darkness.

Sinopsis
Seed of Darkness berkisar tentang seorang ibu tunggal yang berkeinginan untuk mendapatkan anak sendiri lalu mengambil keputusan menjalankan proses permanian berhadas (IVF) tanpa mengetahui siapakah lelaki yang terlibat menjayakan proses itu.

Selepas anak itu lahir dan membesar, si ibu semakin bingung apabila mendapati anaknya sering bercakap seorang diri. Tatkala ditanya, si anak memberitahu ibunya, dia bercakap dengan bapanya yang sebenarnya tidak pernah wujud.

Filem itu menampilkan pelakon tempatan yang ditunjangi Wong Sze Zen (Ratu Cantik Malaysia 2003/2004), Alvin Wong, Amber Chia, Vick (Malaysia Idol 1) dan Leong Juin Juin.

Seed of Darkness dijayakan secara kerjasama oleh tenaga produksi Evo Pictures Sdn. Bhd. dan Dream Image.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.