saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 01/01/2007

Banjir jejaskan industri pelancongan negara

PUTRAJAYA 31 Dis. – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, banjir yang melanda selatan Semenanjung dan beberapa negeri lain telah memberikan kesan negatif dan menjejaskan industri pelancongan di negara ini.

Menurutnya, banjir di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa malah mengakibatkan sistem perhubungan terutama pengangkutan darat terjejas teruk.

‘‘Sebelum ini pada peringkat awal kerajaan menetapkan sasaran lebih 17.5 juta pelancong akan melawat Malaysia sepanjang tahun ini namun sasaran itu mungkin tidak dapat dicapai akibat banjir besar itu.

‘‘Saya dimaklumkan banjir besar terutama di Johor memang menjejaskan kehadiran pelancong terutama mereka yang memasuki negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura dan Pulau Batam di Indonesia,” katanya.

Adnan yang juga Ahli Parlimen kawasan Putrajaya berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan 66 ekor lembu dan lima ekor kambing sempena Hari Raya Aidiladha peringkat Parlimen Putrajaya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, banjir itu juga menjejaskan perjalanan dan sistem pengangkutan darat termasuk jalan raya dan kereta api dari selatan ke utara tanah air.

Justeru, katanya bagi menangani masalah berkenaan, pihaknya meminta Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia, Go Holiday dan Singapore Airlines mendarat di lokasi yang tidak terbabit dengan banjir seperti di Kuantan, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu.

Mengenai TMM2007, Tengku Adnan berkata, program itu penting bagi negara, kerana ia diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara.

‘‘Malaysia kini sudah bersiap sedia menerima kunjungan lebih 20.1 juta pelancong dan ini termasuk memberikan latihan secukupnya kepada pemandu teksi serta meluluskan 300 permit teksi eksekutif yang akan beroperasi di sekitar Lembah Klang mulai Rabu ini bagi menyambut kedatangan pelancong ke Malaysia,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.