saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 01/01/2007

Kegiatan

Peraduan mengarang cerita bersiri kanak-Kanak dan remaja KaryaNet
DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang menganjurkan Peraduan Mengarang Cerita Bersiri Kanak-Kanak dan Remaja KaryaNet. Peraduan ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Cerita Bersiri Kanak-kanak/Remaja (9-14 tahun) dan Cerita Bersiri Remaja/Remaja-Dewasa (15-25 tahun).

Ia menampilkan tema penyiasatan, fiksyen sains, pengembaraan dan fantasi.

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia, karya mestilah asli dan ditulis dalam bahasa Melayu.

Karya mestilah belum pernah menyertai sebarang peraduan, disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbitan.

Tebal manuskrip di antara 15 hingga 20 halaman saiz A4, ditaip dengan fon Arial saiz 12 poin, langkau dua baris.

Cerita bersiri ini mestilah mempunyai antara 15 dan 20 episod.

Peserta boleh menghantar maksimum dua karya bagi setiap kategori. Bagaimanapun, hanya satu karya sahaja yang layak untuk memenangi hadiah bagi setiap kategori.

Pemenang peraduan akan menerima hadiah wang tunai RM3,500 (pertama), RM2,500 (kedua) dan ketiga (RM1,500) manakala lima hadiah sagu hati ialah RM750 setiap satu.

Borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari web, www.dbp.gov.my atau www.karyanet.com.my.

Karya dalam bentuk bercetak dan disket berserta borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada urus setia pada atau sebelum 30 Mac 2007 ke alamat Urus Setia Peraduan Mengarang Cerita Bersiri Kanak-kanak dan Remaja KaryaNet, Bahagian Multimedia, Tingkat 12, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.

Senarai pemenang akan diumumkan seminggu selepas pemilihan pemenang dibuat menerusi portal www.karyanet.com.my.

Sebarang pertanyaan mengenai peraduan ini boleh menghubungi Rohana Abdul Rahman di talian 03-2148 3646 dan Muhammad Fadhli al-Akiti (03-2148 1167).

Pertandingan Monodrama Johor 2007
DEWAN Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Johor (JKKW), Majlis Teater Negeri Johor (MTNJ) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ) menganjurkan Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2007

Pertandingan itu bertujuan mengembangkan bakat dan kebolehan sesebuah kumpulan atau individu dalam pementasan teater mini serta untuk menyemarakkan kegiatan sastera dan seni di negeri Johor.

Pemenang pertandingan akan meraih hadiah wang tunai RM3,000, kedua (RM2,000) dan ketiga RM1,000.

Tiga hadiah sagu hati bernilai RM500 setiap satu diberikan kepada tiga kumpulan.

Selain itu, Pengarah Terbaik akan menerima RM1,000, Pelakon Terbaik (RM1,000) dan Skrip Terbaik (RM1,000).

Syarat dan borang penyertaan pertandingan ini boleh didapati di Kaunter Pengawal, DBP Wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru.

Tarikh tutup menghantar penyertaan sebelum atau pada 1 Mac 2007.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai syarat dan borang penyertaan boleh hubungi Rusdi Abd. Rahman 07-2358802 dan Mohd. Rizal Mohd. Ali (07-2368282).

Pameran solo Ruzlan Kamaruddin
SEBANYAK 30 buah lukisan karya pelukis Mohd. Ruzlan Kamaruddin sedang dipamerkan di Artis Space Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor hingga 30 Januari ini.

Maklumat lanjut sila hubungi 03-5512 2200.

PURNAMA lancar sayembara menulis novel kanak-kanak dan remaja
PUSAT Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja (PURNAMA) sedang melancarkan Sayembara Menulis Novel Kanak-Kanak dan Remaja.

Sayembara itu terbuka kepada peserta Melayu dan bukan Melayu.

Ia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000 untuk kedua-dua kategori itu.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2148 2875.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.