saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/01/2007

Noniswara antara dunia lakon dan rumah tangga

Empat tahun menghilang dari dunia lakonan bukanlah jangka waktu yang pendek. Namun itulah pengorbanan pelakon Noniswara Baharuddin untuk suaminya Zakaria Rahman, 43, serta anak-anak mereka, Naveer Mihshon, 12, dan Nur Erysha Emyra,7.

Padahal saat meninggalkan dunia seni, namanya sedang meniti di bibir para peminat kerana lakonannya yang berkesan dalam drama Bukan Ku Pinta bersama penyanyi Siti Musliha yang mengisi slot Identiti TV3. Pun begitu, tidak sedikit pun tercalit rasa kesal di hati Noniswara atau lebih mesra dipanggil Nonis dengan keputusannya itu. Bagi Nonis, apa yang penting ialah rumah tangga dan keluarganya.

Kini setelah anak kian membesar dan kehidupan serta usia rumah tangga semakin matang, Nonis kembali berlakon.

“Apalagi suami memang merestuinya sejak dulu,” kata Nonis ramah menceritakan perkembangan terbarunya kembali ke dunia lakonan.

Drama 13 episod, Senyum Terakhir adalah drama pertama lakonan Nonis setelah empat tahun menyepikan diri. Ke lokasi drama itu bukan sahaja membuatkan Nonis semakin biasa dengan dunia lakonan malah membuatkan Nonis semakin tidak sabar mencapai impiannya.

“Insya-Allah pada 2008 Nonis akan buka syarikat penerbitan sendiri. Buat masa ini Nonis akan kutip semula waktu-waktu yang telah ditinggalkan dulu dan pengalaman hari ini untuk menjadi titik tolak Nonis membuka syarikat sendiri,” kata Nonis ketika ditemui di kediamannya di Kemensah Heights, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

Asia Bagus jadi kenangan

Mungkin ramai tidak tahu sebelum menceburi bidang lakonan, Nonis menimba pengalaman sebagai penyanyi melalui pertandingan Asia Bagus pada tahun 1993 bersama Kris Dayanti.

Walaupun hanya berjaya ke peringkat separuh akhir dengan lagu Sinaran, namun Asia Bagus telah membuka ruang kepada Nonis melebarkan sayapnya dalam bidang seni.

Penampilannya dalam Asia Bagus telah memberinya ruang berlakon filem Jepun, Island dengan memegang peranan kedua penting yang diterbitkan pada tahun 1993.

Sejak itu, Nonis mula tertarik dengan dunia lakonan lalu banyak tawaran menjadi penyanyi rakaman ditolaknya.

“Bila ditawarkan berlakon drama 30 episod Laila Sari, Nonis terus terima dan itulah noktah dalam bidang nyanyian bagi Nonis,” cerita Nonis.

Laila Sari yang diterbitkan pada tahun 1994 oleh SA Production syarikat milik pelakon Sharifah Aminah menjadi titik tolak Nonis menjadi pelakon.

Selepas itu, satu demi satu tawaran diterima antaranya Fanatik berpasangan dengan Hans Isaac, Pertemuan Kedua drama 40 episod arahan allahyarham Megat Saiful Bahari, Nik & Nani terbitan Cinematic (M) Sdn. Bhd., Kepulangan dan Kasih Selamat.

Anak pelukis terkenal

Menjejakkan kaki ke banglo tujuh bilik yang berharga lebih RM1 juta itu, mata akan tertumpu kepada lukisan-lukisan yang menjadi penghias dindingnya.

Karya yang bertemakan Ayam Laga itu cukup menarik perhatian.

Siapa sangka, karya-karya itu adalah hasil sentuhan pelukis terkenal Baharuddin M.Y iaitu ayah kandung Nonis sendiri.

“Banyak lukisan papa bertemakan Ayam Laga dan kerana Nonis minat, papa lukiskan untuk Nonis sekali,” cerita Nonis penuh bangga dengan hasil lukisan ayahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.