saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/01/2007

Berita TV9 bawa isu masyarakat

MULAI semalam penonton-penonton stesen TV9 berpeluang menonton slot Berita TV9 yang disiarkan selama 30 minit setiap hari pada pukul lapan malam.

Bersiaran dari Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor, Berita TV9 memberikan tumpuan utama kepada berita dan perkembangan di luar Lembah Klang.

Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda berkata, pendekatan itu diguna kerana ia selaras dengan slogan stesen TV itu, Dekat di Hati.

“Berita TV9 akan membawa isu-isu menyentuh kehidupan seharian rakyat serta hasrat dan impian mereka terutamanya yang tinggal di kawasan Pantai Timur dan pedalaman.

“Hasrat utama kami selain menyampaikan adalah untuk mengeratkan hubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah,” kata Bukhari pada majlis memperkenalkan penyampai berita TV9 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Katanya, penerbitan Berita TV9 adalah lambang kesungguhan dan kegigihan peranan stesen itu sebagai sebuah organisasi media yang memahami dan menghayati tanggung jawab sosialnya.

Seramai tujuh penyampai berita TV9 diperkenalkan pada majlis itu. Mereka ialah Nona Julia Hashim, Syafinaz Yunus, Zuhairah Mustafa Al-Husin, Nurazura Abu Samah, Abu Talib Husin, Amin Hayat Abd. Rahim dan Syed Mohammad Khair Syed Hussein.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.