saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/01/2007

Belanja besar setiap kali persekolahan bermula

BATU PAHAT 2 Jan. – Bermulanya musim persekolahan bermakna ibu bapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan agak besar, lebih-lebih lagi jika anak yang bersekolah masih ramai.

Setiap ibu bapa, terutama di negeri ini perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM200 untuk seorang anak bagi tujuan menjelaskan yuran di sekolah rendah kebangsaan (SRK) dan sekolah agama (SA).

Kebanyakan ibu bapa yang ditemui sewaktu mendaftarkan anak mereka di SRK Peserian Semerah, dekat sini memberitahu, mereka telah membuat persiapan awal dalam penyediaan yuran dan baju sekolah.

Menurut Samsiah Jais, 45, dengan berjimat cermat dia mengumpulkan wang untuk tiga anaknya yang bersekolah di tingkatan 1, 3 dan tahun 1.

‘‘Lebih kurang RM1,000 dibelanjakan untuk yuran dan keperluan sekolah mereka termasuk sekolah agama. Saya buat macam itu sebab kami bukanlah orang senang,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, masa kini alam persekolahan tidak sama seperti dahulu kerana yuran sekolah telah naik.

Noraini Sulaiman, 32, yang mempunyai dua orang anak yang bersekolah di tahun 2 dan tahun 1 mengeluarkan belanja lebih kurang RM600 untuk yuran dan peralatan sekolah.

Setakat ini, katanya, dia masih mampu mengeluarkan belanja untuk dua orang anaknya tetapi tetap membuat persiapan awal dalam menyediakan pakaian dan peralatan sekolah.

Sarimah Mat Top, 42, juga membuat persiapan persekolahan lebih awal untuk dua orang anaknya yang bersekolah di tahun 4 dan 1 di SRK Peserian.

Beliau juga mengeluarkan belanja lebih kurang RM600 untuk dua orang anak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.