saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/01/2007

Sitkom Suasana beri persepsi baru dunia komedi

MENYAKSIKAN pra-tonton dua episod pengenalan sitkom Suasana yang berlangsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini, nyata memberikan satu persepsi baru dalam dunia penerbitan situasi komedi di negara ini.

Terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan produksi K&S Visions Sdn. Bhd., dalam penerbitan komedi yang kini ditayangkan di RTM1 setiap Jumaat, pukul 6 petang itu.

Antaranya, tiada lagi bunyi kesan khas gelak ketawa seperti yang lazim diguna-pakai oleh penerbitan sitkom tempatan.

Justeru, ia memberikan kebebasan total kepada audiens untuk bergelak ketawa mengikut kemahuan dan penilaian masing-masing terhadap jenaka atau situasi yang dipaparkan.

Sebuah sitkom muzikal yang menampilkan lakonan Cico Harahap, Joey Daud, Acong Sweetchild, Louis Iskandar, Dayang Erema dan Balkish, Suasana juga mengambil latar sebenar sebuah kafe - bukannya di studio seperti kebiasaannya.

Ini kerana Suasana yang skripnya dihasilkan oleh Adza Irdawati Adenan itu diinspirasikan daripada siri sitkom popular, Friends dan Ally McBeal yang menggunakan persekitaran luar.

Lebih menarik, walaupun ia sebuah sitkom yang memaparkan komedi bersahaja, tiada kalangan pelakonnya yang terdiri daripada pelawak, seperti yang seringkali dilakukan oleh produksi tempatan untuk dijadikan pencetus jenaka.

Pun begitu, Suasana tetap gamat dengan pembawa watak misalnya Joey yang membawa peranan anak muda Felda bernama Joie dan watak lembut Azhar, lakonan Acong Sweetchild selain penumpuan kepada situasi yang membuatkan penonton tidak kering gusi.

Menurut pengarahnya, Martias Mohd. Ali, sebagai sebuah situasi komedi yang bercorak muzikal, setiap para pelakon walaupun sekadar pelakon tambahan, dipilih daripada kalangan mereka yang mampu melepasi uji bakat yang dihadiri kira-kira 100 orang.

Malah untuk memantapkan watak dan perwatakan, setiap pendukung watak perlu menjalani kursus pengembangan karakter selama dua minggu bagi menjiwai watak masing-masing.

Julung kali mengarah sebuah sitkom, kata Martias, Suasana telah melalui perjalanan yang panjang.

“Kita telah menggarap konsepnya sejak lima tahun lalu dan telah menghantarnya kepada RTM sebanyak tiga kali, tetapi ditolak sehinggalah apabila diusulkan sekali lagi pada tahun lalu barulah diterima,” kata Martias pada

sidang akhbar di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Pengarah Siaran TV RTM, Norliza Mat Ali.

Martias sebelum ini terkenal sebagai penulis skrip dan pernah memenangi anugerah Skrip Terbaik melalui drama-drama Anak Penarik Beca dan Hari-hari Terakhir Seorang Wanita.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.