saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 03/01/2007

Bot KayMarine dapat sambutan asing

KUALA TERENGGANU 2 Jan. – Siapa sangka sebuah bengkel membuat bot yang terletak di pinggir sungai sebuah kampung dekat sini, mampu membina bot hingga boleh dieksport ke luar negara.

Memang tidak boleh dinafikan, apabila sebut sahaja nama Terengganu, pasti ramai yang mengetahui negeri ini sudah terkenal dengan industri pembuatan bot sejak zaman berzaman lagi.

Bertitik-tolak dari itu, KayMarine Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera yang menceburi industri maritim, ditubuhkan pada tahun 1992 untuk menghasilkan bot aluminium dengan membina pelbagai jenis bot mengikut kehendak pelanggan.

Tiga tahun selepas penubuhannya, KayMarine terus melangkah secara serius di bidang pembinaan bot pelbagai jenis termasuk yang berprestasi tinggi seperti bot kalis peluru untuk kegunaan rondaan di perairan sesebuah negara.

Pengarah Urusan KayMarine, Kamaruddin Mansor yang ditemui bersama Pengerusinya Datuk Wan Albakri Wan Mohd Nor di pejabatnya di Kampung Bukit Tumbuh dekat sini, berkata pihaknya membina bot-bot tersebut untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Laut, Jabatan Perikanan dan lain-lain jabatan kerajaan serta swasta.

Syarikat milik penuh bumiputera itu juga mempunyai pelanggan dari luar negara seperti dari Nigeria, Mauritius, Brunei, Bangladesh, Hong Kong dan Korea.

Katanya, sebanyak 90 peratus bot keluaran KayMarine diperbuat daripada aluminium yang kebanyakannya dimport dari luar negara terutama Australia yang terkenal dalam menghasilkan bot-bot dan kapal yang berkualiti tinggi.

“Kami pernah menerima tempahan bot ronda dari Mauritius untuk kegunaan rondaan di perairan negara mereka,” katanya, sambil menyatakan KayMarine mendapat tempahan membina bot negara luar melalui tender antarabangsa setelah bersaing dengan negara-negara maju seperti Australia dan Eropah.

“Kita yakin, KayMarine menjadi pilihan berasaskan kepada dua kekuatan iaitu kemahiran dan kepakaran sama ada di peringkat pengurusan mahu pun kakitangannya sendiri,” katanya.

Beliau berkata, KayMarine mempunyai 140 kakitangan tetap dan daripada jumlah itu, seramai 80 orang terdiri daripada jurutera yang berkemahiran tinggi serta mempunyai pengalaman antara 10 hingga 20 tahun di samping kira-kira 200 kakitangan kontrak.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.