saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/01/2007

Anding AF2 kecewa dengan dunia nyanyian

ANDING Indrawani Zaini atau Anding AF2 memang tidak asing bagi para peminat rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia yang pernah disiarkan di Astro Ria. Walaupun anak muda berusia 23 tahun ini tersingkir pada minggu kelima dalam rancangan realiti TV itu, namun ia sedikitpun tidak menghalangnya untuk meneruskan minat dalam bidang seni.

Sebaliknya daripada kekalahan itu, anak muda berasal dari Kuching, Sarawak ini semakin ghairah menimba ilmu dalam bidang perfileman yang menjadi minatnya.

Pemegang Diploma Seni Layar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Anding yang merancang melanjutkan pengajiannya di Griffith University di Brisbane, Australia dalam bidang Film and Media Study pada Februari ini berharap impiannya untuk menjadi pengarah akan tercapai.

“Sebenarnya semasa menyertai AF dulu saya baru habis peperiksaan di UiTM. Alhamdulillah sebaik sahaja habis dari AF saya dapat Diploma Seni Layar.

“Kini saya sedang menunggu biasiswa dan jika semuanya berjalan lancar saya akan belajar selama dua tahun untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda,” kata Anding yang meminati karya-karya P.Ramlee, Zhang Yimou, Bernard Chauly dan Osman Ali.

Menurut Anding, selain mahu menghasilkan filem-filem seram, beliau juga minat filem-filem kemanusiaan yang dikatakan berjaya menyentuh naluri hati setiap insan.

“Saya tidak begitu suka filem-filem cinta kerana ia sudah terlalu banyak dan begitu mudah dihasilkan. Namun filem kemanusiaan memerlukan ketelitian dan kehalusan hati pengkarya,” kata Anding.

Hos Thumb TV
Pepatah Melayu ada mengatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah dengan Anding, walaupun dia terkeluar dari AF2 pada minggu kelima namun ia sedikitpun tidak menjejaskan kerjaya seninya hari ini.

Sebaliknya siapa sangka, Anding yang mulanya begitu kecewa apabila dia antara pelajar terawal keluar tetapi kini dipilih menjadi hos untuk program Thumb TV yang disiarkan setiap hari di ntv7 selama 45 minit, bermula pukul 12 tengah malam.

Program bercorak interaktif dan gameshow mirip Durian Runtuh (Astro Ria) itu bukan sahaja mendedahkan Anding ke bidang pengacaraan, sebaliknya memberi dia pendapatan tetap dan lumayan.

“Alhamdulillah saya sendiri tidak sangka mendapat peluang ini. Tapi kalau dah rezeki di depan mata, tak kan saya nak menolak. Bagi saya ia memberi pendedahan baru kepada saya untuk menjadi pengacara.

“Rancangan interaktif selama 45 minit ini bebas tanpa dikongkong oleh skrip, cuma yang penting saya tidak melanggar garis panduan yang mana tidak boleh terkeluar perkataan-perkataan yang sensitif ataupun boleh memberi kesan yang tidak menyenangkan di hati penonton,” jelas Anding.

Tanpa memberitahu jumlah sebenar pendapatan yang diterimanya, Anding tidak menafikan kontrak selama setahun bermula Mei 2006 itu memberinya gaji empat angka sebulan.

Masih tunggu album
Entah di mana silapnya atau memang menjadi trend, setiap bekas pelajar AF hanya berpeluang merakamkan sebuah lagu duet dengan pelajar lain dan selepas itu mereka terpaksa menanti seperti menunggu buah yang tidak gugur!

Begitulah yang dialami oleh Anding. Sejak muncul dalam album Evo berduet dengan Adlin AF2 dalam lagu Ceria Bersamamu pada tahun 2005, hingga kini dia tidak pernah merakamkan lagu lagi.

“Kalau bercakap mengenai bidang nyanyian, sebenarnya saya benar-benar kecewa. Bayangkan setelah menanti begitu lama, saya hanya berpeluang muncul dalam lagu duet dengan Adlin dan itulah lagu yang pertama dan mungkin terakhir saya rakamkan dengan mereka.

“Disebabkan itulah saya malas nak fikirkan sangat tentang menyanyi. Bagi saya apabila dapat biasiswa, saya akan terus melanjutkan pengajian tentang menyanyi anggaplah ia umpama mimpi dalam mimpi,” kata Anding dalam nada suara yang amat kesal.

Menurut Anding, walaupun hatinya begitu kecewa kerana tidak berpeluang merakamkan album lagi namun dia merasa bertuah kerana dapat menunjukkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Bermula dengan drama 20 episod Akademi yang disiarkan di Astro Ria tahun lalu, Anding diundang berlakon Meniti Bara (8 episod), Impian Illyana, Songkok Pesok Dek Lonjak dan dua buah teater iaitu Batu Belah dan Raja Laksamana.

“Seronok juga berlakon selain mencari pengalaman sekurang-kurangnya ia dapat membantu saya apabila menjadi pengarah kelak,” kata Anding.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.