saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/01/2007

Anugerah Juara Lagu 21 antara RM3, kontroversi dan Ima


FARID Ridzuan (tengah) bersama finalis Anugerah Juala Lagu Ke-21 (AJL21) pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, kelmarin.


RM3. Itulah harga tiket kepada sesiapa yang ingin menyaksikan secara langsung Anugerah Juara Lagu Ke-21 (AJL 21) di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 21 Januari ini.

Hanya enam ribu keping tiket dikeluarkan dan penjualan adalah kepada siapa cepat, dia dapat.

Memang murah harga yang ditawarkan untuk tiket tersebut dan pihak TV3 tidak mengaut keuntungan daripadanya kerana semuanya diberikan kepada pengendali jualan tiket iaitu Ticket Axcess.

Ditanya mengapa pihaknya tidak menaikkan sedikit harga tiket dan sebahagian jumlah kutipannya disalurkan ke tabung bantuan yang ditubuhkan oleh stesen televisyen tersebut.

Ini penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima, Datuk Farid Ridzuan:

“Sukar menjangkakan sambutan apabila kita menjual tiket untuk persembahan seperti itu bagi disalurkan kepada badan kebajikan.

“Kami pernah melakukannya sebelum ini tetapi impak kepada sambutannya tidak seperti yang kami jangkakan.

“Apa yang kami lakukan tahun ini ialah sekadar mengenakan harga yang amat berpatutan agar semua peminat dapat menikmatinya.

“Lagipun, AJL adalah hadiah kami kepada mereka dan tujuan penjualan tiket dengan harga yang sebegitu murah dalam masa yang sama adalah untuk mengawal kebanjiran orang ramai berbanding jika kita berikan tiket secara percuma,” jelas beliau pada sidang akhbar AJL 21 di ibu kota, Selasa lalu.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengurus Besar Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan, Pengarah Komunikasi Korporat dan Media, L’Oreal, Tay Ai Leen serta para finalis AJL 21.

Tiket-tiket boleh dibeli di pintu masuk stadium atau melalui talian hotline Ticket Axcess atau dengan melayari lama web www.axcess.com.my.

Tiket-tiket percuma juga akan diberikan melalui pelbagai peraduan dan aktiviti yang diadakan oleh MyTV3, Malaysia Hari Ini dan Hotfm sebagai radio rasmi.

Juri Luar

Sementara itu Azhar memberitahu, pihaknya masih belum memutuskan untuk menggunakan khidmat juri luar pada AJL kali ini.

Malah katanya, sistem penjurian yang dilakukan pada malam final AJL 21 itu hanya tertumpu kepada persembahan dan vokal.

“Untuk memilih lagu-lagu terbaik, penjurian tidak dilakukan secara langsung pada malam tersebut. Sebaliknya diadakan sebelum itu dengan memberikan mereka peluang mendengar CD lagu-lagu itu dan mereka menilainya melalui tiga kriteria utama iaitu kreativiti, ketulenan dan keberkesanan,” jelas Azhar.

Katanya, format penjurian begitu telah pun dilakukan pada pertandingan AJL sejak empat tahun lalu.

Malah pihaknya juga bercadang untuk menghapuskan sistem penjurian melalui SMS bagi kategori Persembahan Terbaik pada tahun ini.

“Kami berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya kuasa juri bagi kategori itu,” tambahnya.

Bebas Kontroversi

Tidak sah AJL tanpa kontroversi namun tegas Azhar, pihaknya sudah bersedia dengan sebarang perkara berbangkit khususnya yang berkaitan dengan kemenangan sesebuah lagu.

“Citarasa orang berbeza tetapi apa yang penting kami mahu menyeimbangkan antara lagu yang bermutu tinggi dan disukai ramai.

“Malah pengambilan tema Rentak Kita Rentak Dunia adalah kerana kami mahu menjadi landasan dalam usaha menggalakkan penciptaan lagu yang lebih selari dengan aliran muzik dunia dengan mengekalkan identiti tempatan,” kata Azhar.

Ima penyeri AJL 21

Bakal diacarakan oleh pengacara Muzik-Muzik, Cheryl Samad dengan gandingan Ally Iskandar dan Fara Fauzana, AJL 21 juga menampilkan konsep berbeza.

Jelas penerbit dan pengarahnya, Tengku Sahilawati Tengku Jehori, tahun ini segmen persembahan mengetengahkan lagu-lagu berbentuk fusion dengan artis-artis undangan seperti Dayang Nurfaizah, Too Phat dan Yassin.

Malah Azhar turut mengumumkan kehadiran juara Bintang Cari Bintang dari Indonesia, Ima yang bakal menyerikan persembahan pada malam pertandingan itu nanti.

Persembahan Finalis AJL 21

1 Hantaran Hati - Bob AF2 & Aspalela Abdullah

2 Juwita Citra Terindah - M. Nasir

3 Ku Seru - Misha Omar

4 Zapin Cinta SMS - Senario & Adibah Noor

5 Diari Seorang Lelaki - Pretty Ugly

6 Mungkir Bahagia - Hazami

7 Candak - Siti Nordiana

8 Lagu Jiwa Lagu Cinta - M. Nasir & Mawi

9 Terlalu Istimewa - Adibah Noor

10 Warkah Buat Laila - Zahid AF2

11 Tak Tercapai Akalmu - Elyana

12 Secebis Harapan - Nora

Menarik AJL 21

* Satu showcase AJL 21 oleh para finalis akan diadakan di Ruang Legar Berjaya Times Square pada Ahad ini (14 Januari) pada pukul 3 petang.

* AJL 21 yang ditaja oleh L’Oreal Paris menjadi acara pembuka tirai acara perdana TV3 bagi tahun 2007.

* Anugerah Glam L’Oreal Paris akan disampaikan kepada artis/selebriti yang hadir dengan penuh glamor pada malam itu. Dihoskan oleh Awal Ashaari dan Maya Karin, acara Glam Walk akan disiarkan setengah jam sebelum pertandingan bermula.

* Hadiah Juara Lagu ke 21 merupakan sebuah trofi dan wang tunai RM25,000. Juara Irama Malaysia dan Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock (trofi dan wang tunai RM12,000), Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik (trofi dan wang tunai 10,000).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.