saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 11/01/2007

Penyu tersungkur di Kangar


Penjaga gol Terengganu, Suhairdy Alby (kiri) berusaha menyelamatkan keadaan bahaya yang dicetuskan penyerang Perlis, Francis Kombe (kanan) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Utama Kangar, semalam. Gambar NIDZUWAN ZAINAL ABIDIN.


KUALA LUMPUR Singa Utara mengaum garang di Stadium Utama, Kangar apabila membelasah Terengganu 4-1 untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super, semalam.

Perlawanan dua pasukan teratas itu yang dijangka sengit berlangsung sebaliknya apabila pasukan tuan rumah berpesta gol menerusi jaringan Philimon Chipeta (m-8), Joey Ryan Gundok (m-44), Francis Kombe (m-62) dan Mohd. Faisal Esahar (m-85).

Hanya selepas itu barulah pasukan pelawat berjaya menembusi kubu Perlis menerusi Che Hishamudin Hassan (m-88) namun agak terlewat untuk bangkit mengejar.

Kekalahan sulung Terengganu itu pula membolehkan Pahang merampas tangga kedua liga hasil kejayaan menewaskan Sarawak 3-1 di Stadium Darul Makmur.

Tuan rumah mudah mendahului 3-0 menerusi gol sendiri Zamri Zainal (m-26), Jalaludin Jaafar (m-45) dan Safri Mokhtar (m-56) sebelum Sarawak menghasilkan gol tunggal menerusi Zamri Morshidi (m-60).

Brunei DPMM pula mengejutkan Telekom Melaka 4-1 dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk terus mengekori rapat Perlis, Pahang dan Terengganu.

Di Stadium Shah Alam, beraksi tanpa ketua pasukan Shukor Adan dan Fadzli Saari, Selangor ternyata longlai apabila mudah dibelasah Perak 4-2 dengan penyerang pasukan pelawat, Keita Mandjou mencipta jaringan hatrik.

Mandjou mencipta jaringan hatrik pada minit ke-7, 28 dan 42 selain disusuli jaringan Danial Fadzly (m-11) manakala gol saguhati Selangor dijaringkan Razman Roslan (m-10) dan Mohd. Amri Yahyah (m-81).

Pulau Pinang kembali mencatat kemenangan dengan menewaskan Johor FC 3-2 dalam perlawanan di Stadium Bandaraya.

Walaupun ketinggalan seawal minit kesembilan menerusi gol sendiri pemainnya, M. Puvindran, Pulau Pinang bangkit untuk membalas dua gol menerusi Mohd. Amirul Omar (m-15) dan penalti yang disempurnakan A.V. Jaganathan (m-45).

Bagaimanapun Johor FC berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menerusi Sahruzzahar Ali (m-68) sebelum M. Prakash muncul wira Pulau Pinang dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85.

Dalam pertemuan dua pasukan terbawah liga, Negeri Sembilan memperbaiki kedudukan ke tangga kesembilan selepas menewaskan tuan rumah, Melaka 3-1 dalam perlawanan di Stadium Hang Jebat.

A. Ganeson menghadiahkan gol pertama buat pasukan pelawat apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-10 sebelum Frederico de Castroque dan Harrison Eric Muranda menambah derita Melaka dengan gol pada minit ke-30 dan 39.

Melaka hanya mampu mendapat gol saguhati menerusi Richard Privitzer (m-77) walaupun Negeri Sembilan beraksi 10 orang selepas Idris Karim dibuang padang pada minit ke-34.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.